WAKTU

Followers

NOTIS

Attention! Pictures, Images and Photos
::buat pembaca setia cik wanie,MULAI 09.02.09, BLOG INI TIDAK AKAN MENJAWAB SEBARANG SOALAN BERBENTUK TAG DAN YANG SEUMPAMA DENGANNYA kerana masa CIK WANIE skg amat terhad...harap maklum dan CIK WANIE minta maaf yea ::

Monday, November 16, 2009

Wakenabeb!!!

Ini benar2 membuatkan aku kluar mcm2 perasaan (Marah + geram + kelakar) yelah mana x nyer,smlm Mista Hafiz sms aku...Dia bilang tiket ke Alor Setar utk 25hb nov nie dah abis...APA??!!!! masa nie aku dah gelabah,aku jawab blk "abis tue???",pastu dia x jawab blk..Masa nie mulalah aku rasa nak marah pun ada,kebetulan "kakak angkat" aku kat Singapore (Wahizah) call,aku apa lagi mengadulah kat dia...Lps dah ngadu bagai kat Wahizah,x lama lps tue,Mista Hafiz call,mula2 suara dia mcm serius saja...Masa nie aku dah nak nangis pun ada...Yelah perkara yg dah dirancangkan jadi cmm nie..huk huk huk huk...Korang nak tahu apa jadi lps tue??

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

V

http://yanniz.files.wordpress.com/2008/07/wakenabeb1.jpg

WAKENABEB !!!

Rupanya aku kena tipu doe...Dia saja nak kenakan aku..Sebenarnya dia da beli dah pun tiket 25hb November,bas kul 9 mlm......aku apa lagi,mulalah kluar perkataan2 yg (&^%@*$)....Pada muka,saper suruh main2 kan org kan...Nasib baik tekanan darah tinggi aku x naik tau,kalau x,jawabnyer..........
Dalam marah2 tue pun,aku nie berdebar nie nak menantikan kedtgnnya ke rumah aku..Lalalalala....

Nota kaki~Nanti ada invitation dari CintaWanie & keluarga utk kalian akn menyusul ok:)




Hari Cuti Cik Wanie....

http://blog.redfin.com/sfbay/files/2008/05/closed-sign.gif

http://3.bp.blogspot.com/_gOkuPy7tncs/SYJNmDBaTmI/AAAAAAAAAtc/oHnzVZjQzFI/S660/anggun.jpg

Memandangkan hari nie butik cuti,jadinya aku ngn mama plan nak kluar...byk tempat katernya nak pergi seperti:
  • Beli tiket keretapi tuk Cik Ecah (blk kejap jew)
  • Pegi umah aunty Norain
  • Pegi umah Aunty Arifah (ibu kepada Asril)
  • Pegi umah Aunty Wa Azizah (di Jitra)
byk tempat tue nak pegi...Harap2 pegilah kan...Adakalanya bosan gak duk umah nie(padahal sendirik yg malas nak kluar)...
Hik hik hik...

Nota kaki~Smlm aku kena tipu...Geram tol...Nanti aku citer kan ok:)





Sunday, November 15, 2009

FaceBook...



(Facebook personal)



(FaceBook SnS AnGGuN)

Setelah sekian lama stop ngn dunia FaceBook,kini aku kembali lagi...Hik hik hik....Kali nie aku buat 2 sekali...Senang citer...:)
So pada sesiapa yg ada FaceBook tue,blh lah add Cik Wanie kan:)
Rindu ngn dunia FaceBook tau...
Lalalalalala:)
Mista Hafiz pun nak buat acc FaceBook,tapi aku x benarkan dulu atas sebab2 tertentu..Hope bersabar yer Mista Hafiz,
hik hik hik...Korang jgn x tahu skg nie dia dah mula antar komen kat blog CintaWanie (dot) blogspot (dot) com..Wakakakaka....(dah x blh mcm2 lagi lah lps nie)
Wink Wink ;)




Kes Burung Tidak Ada Kepala....


Ia dipetik dari Kosmo Online (Ahad 15hb nov 2009)......



(Burung yg tiada kepala)

JITRA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Shariff semalam membuat laporan polis selepas menemui bangkai seekor burung merpati tanpa kepala di hadapan pintu rumahnya kira-kira pukul 7 petang kelmarin.

Kejadian itu pada mulanya disedari oleh isterinya, Datin Sabariah Baharom, 46, ketika beliau pulang ke rumah setelah mengikuti satu program di Alor Setar.

Abu Hassan membuat laporan tersebut di Balai Polis Jitra pada pukul 1.05 pagi ini selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada isterinya.

"Ketika kejadian tiada siapa di rumah dan disebabkan dia (Sabariah) rasa tidak sedap hati, beliau terus SMS saya. Setelah berbincang dengan keluarga, saya ambil keputusan membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan mereka," katanya yang tiada di rumah semasa kejadian.

* * * * * * * * * *

Sebenarnya bila aku baca artikel tentang itu,aku teringatkan kisah SnS AnGGuN yg pernah juga 2x menerima seekor burung yg tidak ada kepala... Biasalah dalam dunia perniagaan nie,mesti akn berlaku mcm2...Pada mulanya aku ngn mama jadi takut,tapi bila dah dgr cerita dari beberapa org kenalan kami yg pernah lalui perkara yg sama,jadi kami hanya mampu berdoa agar setiap apa yg mereka lakukan kepada kami akn dibalas kembali dgn setimpalnya...

Apapun rezeki SnS AnGGuN masih ada....Insya-ALLAH...

* * * * * * * * * *

Nota Kaki~Smlm masa aku mengandam org,hati aku menjadi sayu + sedih bila aku buka beg make up dan melihat beberapa brg make up yg aku beli dgn duit aku sendiri HILANG....Saper x sedey wooo...Huk huk huk...





Tunjang Sa'adah

http://1.bp.blogspot.com/_cnEStlDLVL8/SusTs-FAfQI/AAAAAAAAFPY/PU9-BUVP-7o/s400/TUNJANG+SA%27ADAH+-+title.bmp

Gambar yang diambil dari
http://ajamihashim.blogspot.com/2007_11_01_archive.html

Baru sebentar td aku ngn mama layan citer cerekarama jam 10 mlm ditv3...Mmg best sgt2 bila tgk citer nie tau..Sedey ok :(
Aku nie jarang tgk tv sampai kul kul 12...Tapi bila tgk citer nie best,aku layan sampai abis... Aku ngn mama ada jugak menitiskan airmata...Aku kasi 5 bintang utk citer nie...Tahniah buat pengarahnya Haizul Anafer Ali...
Rugi saper x layan td...

PELAKON UTAMA:

Sa'adah - Rozita Che Wan
Tajudin - Norman Hakim
Hajar - Nadia Mustafar
Haidir - Shahrul Kamarudin
Azlina - Irma Hasmie
Mak Badar - Norlia Ghani
Alif - Haikal Iskandar

* * * * * * * * * *
Sipnosis
(Dipetik dari sini)
http://mforum3.cari.com.my/archiver/?tid-445428.html

Kisah ini berkisar di sepanjang kehidupan Sa’adah (33), seorang wanita bujang yang bekerja sebagai orang gaji dimana akhirnya dia dinikahi oleh majikannya sendiri di Kuala Lumpur.

Tajudin (35) ialah majikan Sa’adah juga seorang franchiser restoren makanan segera yang baru sahaja kematian isterinya, Salima (33) kerana sakit barah payudara. Tajudin terpaksa menjaga anak tunggalnya Alif (6) dengan tidak terurus dan mengalami trauma kerana tidak dapat menerima kematian Salima.

Sa’adah yang sudah lama berkhidmat untuk Tajudin, Salima dan Alif terpaksa diberhentikan kerja dan pulang ke kampungnya semula di Perak. Ini adalah kerana Tajudin tidak boleh tinggal serumah dengan wanita bukan muhrimnya walaupun dia sangat memerlukan Sa’adah untuk menjaga Alif.

Sa’adah merasa sedih kerana dia sebenarnya tidak mahu pulang ke kampung semula sebab hubungan dingin dengan kakak iparnya, Hajar (28). Ini semua berpunca dari sikap ‘queen control’ Hajar terhadap abang kandungnya, Haidir (35). Tambahan lagi Hajar sedang cuba sedaya-upaya menyuruh suaminya meminta Sa’adah menukarkan nama di atas geran tanah pusaka yang dimiliki mereka adik-beradik. Hajar mahu pajakkan geran itu kepada pihak bank untuk keperluan nafsu kewangannya. Sebagai jalan keluar, Sa’adah nekad untuk memohon kerja sebagai operator kilang di Pulau Pinang dan setuju untuk tukarkan geran itu sepenuhnya kepada nama Haidir.

Ibu kandung Tajudin, Mak Badar (60) risaukan masa depan cucunya setelah ketiadaan Salima dan Sa’adah. Mak Badar sedar bahawa dia tak mampu menjaga Alif kerana masalah kesihatannya yang mengidap penyakit darah tinggi dan semakin uzur.

Pada waktu yang sama, seorang ejen insuran, Azlina (28) yang menguruskan tuntutan insuran nyawa Salima yang bernilai RM500 ribu semakin intim merapati Tajudin. Mak Badar gusar dengan sikap miang Azlina lalu memujuk Tajudin untuk menikahi Sa’adah kerana Alif sangat memerlukan Sa’adah sebagai ibu ganti. Tajudin tiada pilihan lain.

Akhirnya Tajudin terpaksa melamar Sa’adah pada hari pemergiannya ke Pulau Pinang. Namun pernikahan itu tanpa sebarang perasaan cinta hanyalah bulat-bulat kerana kepentingan hak penjagaan Alif sahaja. Sa’adah kembali ke Kuala Lumpur bergelar seorang isteri dan ibu tiri. Perkahwinan ala kontrak Tajudin-Sa’adah itu menimbulkan satu-persatu konflik rumahtangga yang menjadi serius hari demi hari.

* * * * * * * * * *






Saturday, November 14, 2009

Hari Sabtu Cik Wanie....

Hari nie mcm biasalah aku ngn mama akn ke butik...Yelah mencari sesuap nasi.... (nak cari duit lebih nak kawen kannnn) tetiba kannn...
Tapi ari nie x terus ke butik,kami g umah Mak Chak...Biasalah jumpa2an kan...Lagipun kebetulan Mak Jang ada sekali...Sian Mak Jang aku,dia x sihat...Demam...Kami kalau jumpa,mcm2 citer lah yg kami borakkan...Tajuk utama yg kami borakkan ialah:
  • Kisah aku & Mista Hafiz (diorg ckp suruh cepat kawen)
  • TESCO (dah lama giler x bershopping ngn diorg)...Minggu dpn dah plan utk ke TESCO bersama mereka..Yahooooo...
  • Rumah terbuka hari raya haji (tanyalah nak masak apa semua)
Dan byk lagilah yg kami bualkan...
Dalam kul 12 baru sampai butik,aci x???Kluar rumah kul 10 lebey,sampai butik kul 12,padahal butik ngn rumah dekat giler...hik hik hik..
Bila sampai butik,mcm biasa aku mintak mama amikkan gambar aku...Yelah x der keje kan...Sementara nak tunggu appoinment kul 2.30 ptg kan...


Ari nie aku pakai simple giler...Aku pakai selendang pemberian Kak Atty masa birthday aku kat PD bulan jun yg lalu (Tetiba rindu kat Kak Atty)
Huk huk huk...
Ekceli ada byk lagi selendang & shawl yg x pakai lagi...Tunggu,nanti aku akn pakai jugak:)


Ada yg tegur aku kata aku nampak berseri-seri lah semenjak dua menjak nie...Ye ker???Korang nampak berseri-seri ker???
Lalalalalala:)


Kini aku dah jadi milik Mista Hafiz cuma blum mutlak lagi lah sbb masih blum menjadi tunangan & isteri yg sah...Gtue kan...:)
Dalam kul 2.30 ptg,sampai sudah org yg nak dimakeupkan otew...Dia dtg utk make up hi-tea ajo...Tapi tetap nak nampak glemer kan:)

|

|

|

|

|

|

|

|

V


Ini ialah gambar selepas...Terlupa nak amik gambar sebelum....
Dalam jam 5.30 ptg mcm tue aku dan mama pun pulang sbb hujan lebat woo...Bila trun bawah,sudah banjir lor....Terpaksa lah aku buka kasut sbb takut kasut rosak....






Friday, November 13, 2009

Sedihnya Hati Cik Wanie...


(Tinggal Kenangan)

Betapa sedihnya aku saat ini bila melihat brg2 make up aku byk yg HILANG (tinggal brapa kerat jer)....Entahla aku sendiri x tahu ke mana perginya...Br sebentar td aku check brg2 aku dlm beg make up aku,sbb kebetulan esk ada make up job...Bila di susun masuk ke dalam beg make up aku,aku terkejut sbb byk yg hilang...Yang hilang tue semuanya brg dari M.A.C...
Yg membuatkan aku sedih,sbb bukannya murah nak beli brg2 dari M.A.C,aku beli semua itu bukan utk diri aku tapi utk SnS AnGGuN... (Mmg menangis tau aku bila tgk dah x der)... Nampaknya aku kenalah minta tlg Mista Hafiz temankan aku ngn mama g Penang dlm masa terdekat nie utk ke Butik M.A.C & STAGE (di QB Mall & Gurney Plaza) ...Apapun aku mmg nak kena beli jugak brg2 make up nie sbb musim cuti sekolah akn menjelang tiba,jadinya aku perlukan brg2 make up tue...
(huk huk huk)
X pelah aku anggap ia bukan rezeki SnS AnGGuN...





Hari Jumaat Cik Wanie...

Kjap saja kan masa tue berlalu...Ari nie dah masuk ari jumaat...Aku nie mcm biasalah,bgn saja buka lappy kesayangan aku kjap,pastu mandi n terus g butik....
Hari nie aku ke butik ngn berbaju kurung tau...X tahu kenapa...Mama pun naik heran ngn aku kenapa tetiba aku nak pakai baju kurung,
hurm...
Layanlah gambar2 kat bawah nie.....Mcm biasa,mamalah jadi jurukamera aku...Tq mama...

|

|

|

|

|

|

|

V







Itu saja...

Ptg nie hujan plak...Dah mula pening2 kepala aku nie..Adoilah...Esk ada make up job...So x blh sakit...

Nota Kaki~Aku jadi rindu pada dia...Hope dia pun rindukan aku....





Pertolongan Dari Kalian...


http://farm4.static.flickr.com/3157/2543836364_36d0ba1afc.jpg

(Bora Asmara)

DAN

http://esoneniey.files.wordpress.com/2009/02/s_wni-030.jpg

(Bora Ombak)

Antara 2 BORA ini mana lebih bagus dan senang....Kalau Bora Ombak aku dah pegi beberapa kali,tapi blum pernah sampai lagi ke Bora Asmara....
So aku perlu pendapat dari kalian especially kepada mereka yg dah pernah pegi ke dua2 tempat itu....
Hope korang dpt tolong Cik Wanie sbb Cik Wanie terlalu jauh utk pegi survey2 nie..
Huk huk huk...


Nota Kaki~X sabar nak adakan majlis utk diri sendiri mcm tahun2 lepas...Tambah2 kalau ada org yg tersayang...hik hik hik

Entri Buat Si Dia....

Kali nie entri nie khas buat insan yg bernama Mista Hafiz....Ini semua gara2 pasal rambut....Hope bila dia bc entri ini,dia kan tahu maksud aku yg sebenar...
Wakakakakakakakakaka:)



(Semua gambar2 diatas ehsan dari Google Images)

Ekceli beberapa hari nie Mista Hafiz nie minta izin kat aku nak botakkan kepala dia,tapi aku mmg 100% tidak izinkan sbb aku nie jenis x suka lelaki botak (Geli wooo) ...Begitu juga ngn mama,mama pun x nak Mista Hafiz botakkan kepala...So aku adalah ckp ngn Mista Hafiz supaya dia simpan rambut ala2 mcm Afdlin Shauki,memandangkan muka dia pun ada iras2 Afdlin Shauki kan...(korang dah blh agak kan muka Mista Hafiz mcm mana)
(hik hik hik)....


Hope masa dia trun sini,rambutnya blh ar jadi mcm Afdlin Shauki...Blh kan....Lalala :)
Permintaan aku dan mama nie...

Nota Kaki~Persiapan semuanya dah bermula...Minggu dpn dah start cuci + kemas rumah dah...Yahoo...Tinggal 2 minggu saja lagi utk bertemu :)

Selamat Hari Lahir Kakak...

Hari ini adalah hari lahir salah seorang kenalan blogger aku yg jugak kakak angkat aku iaitu Kak Ayu..So aku ada entri khas buat beliau....

(PENCINTA KUNING)

http://msp269.photobucket.com/albums/jj45/BigPapaJones/happy-birthday.jpg


Dikesempatan ini Cik Wanie nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat kak Ayu yg ke-??,semoga panjang umur & dimurahkan rezeki...Cepat2 mendirikan rumahtangga,Cik Wanie kat sini dah lama tunggu nasi minyak dari Kak Ayu tau...
Alwaz luv n miss u...
~hugs~
Hik hik hik...

* * * * * * * * * * * * * * *

You’re always very special
And you should know today
That you are wished the nicest things
That life can bring your way

Like warm and loving wishes

And happiness and cheer
And everything you need to start
Another happy year

HAPPY BIRTHDAY


* * * * * * * * * * * * * * *

Nota kaki~Lps nie birthday siapa plak???Jeng jeng jeng :)





Thursday, November 12, 2009

Dealova...



Aku ingin menjadi mimpi indah
Dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang mungkin bisa kau rindu

Karena langkah merapuh
Tanpa dirimu
Oh… Karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu
Yang slalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa aku
Selalu memujamu

Tanpamu sepinya waktu
Merantai hati
Oh… Bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Oh…

Hanya dirimu
Yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu
Aku merasa hilang… dan sepi
Dan sepi…

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Selalu ada…
Kau selalu ada…
Selalu ada…
Kau selalu ada…

Sya… na na na…

* * * * * * * * * * * * * * *

Kalau sebelum nie aku tempek lagu "Yakinlah Aku Menjemputmu",so kali nie aku sudah tukar lagu ke "Dealova",itu pun setelah mendapat persetujuan dari Mista Hafiz...Hik hik hik...(kena minta izin dulu dr dia sbb dia yg kasik lagu tue kat aku sebelum nie)....Nasib baik ok...

Wakakakakaka:)

So layan lagu nie plak ok:)

Bikin Aku Gelak Besar......

http://www.swapmeetdave.com/Humor/Cats/CatLaugh.jpg

Pagi2 lagi bikin aku GELAK BESAR !!!....Ini semua gara SnS AnGGuN lah...adoilah dah masuk tahun ke-4 butik itu ditubuhkan,rupanya masih ada juga yg kata aku nie PENIPU!!!...
Citernya mcm nie,aku adalah bc beberapa email yg dtg dari manusia yg SIALAN itu kan....Ada ker dia blh ckp yg sebenarnya butik aku tue sebenarnya x wujud dan semua gambar2 dari blog Busana Pengantin aku tue,aku copy paste dari blog org lain...Bapak punya giler aku nak copy paste dari org lain...Wakakakakakakakkaka....
Kalau btul lah aku nie PENIPU,x kanlah aku blh BERANIkan diri bawak kwn2 blogger aku dtg ke butik aku!!!!Dan x kan lah ada kenalan2 blogger yg nak amik aku sebagai "CIK ANDAM" mereka di hari bahagia diorg....Adoilah....
Kadang2 benda2 mcm nie pun blh jadi ISU kan...Bila aku bc email org itu,aku rasa mcm nak terburai perut muncit aku nie tau...Mcm2 hal....


Lps nie aku nak buat lawatan pembaca2 CintaWanie (dot) blogspot (dot) com dtg ke Busana Pengantin SnS AnGGuN...Blh lah korang tgk sendiri kewujudan butik kesayangan Cik Wanie...Sian mama aku yg dah abiskan beratus-ratus ribu utk butik aku...Sdp2 saja kata butik tue x wujud....

Selamat Ulang Tahun...

Selamat UlangTahun
ABG EQ :)


happy-birthday.jpg image by lharrell101


Because today’s your birthday,
And because you’re extra nice,
One wish is not enough for you
And so here’s wishing twice…
Hoping your Birthday’s wonderful
In every single way
And next year brings happiness
For you day after day

Happy Birthday


* * * * * * * * * * * * *
Dikesempatan ini Cik Wanie ingin ucapkan Selamat Ulangtahun buat Abg EQ,moga panjang umur & dimurahkan rezeki...Cepat2lah mendirikan rumahtangga...Cik Wanie x sabar nak rasa nasi minyak dari abg tau...
Hik hik hik


* * * * * * * * * * * * *

Nota Kaki~ Dah lama giler x jumpa ngn Abg Eq....Last jumpa ngn dia masa birthday party aku kat Port Dickson...

Wednesday, November 11, 2009

Cinta BalQis....

Skg nie setiap ari isnin hingga hari khamis dari jam 6.30 ptg - 7.30 ptg (TV3) aku dan mama akn layan citer nie...Ntah aku rasa aku suka citer nie,tak tahu naper...hurm....
Korang layan x???
Kalau aku tgh layan citer nie,x der saperlah yg blh call aku sbb panggilan atau sms tidak akn dilayan...
Wakakakakakaka

7


16

Sipnosis

Cinta Balqis pula melatari slot Akasia yang menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 6.30 petang mulai 2 November ini.

Siri 44 episod yang diterbitkan oleh Radius One Production Sdn. Bhd., itu diarahkan oleh Heykal Hanifah yang sebelum ini pernah menghasilkan siri Pertama Ramadan dan Cinta Untuk Ain.

Siri tersebut dibintangi oleh Eira Syazira (Balqis), Zamarul Hisham (Ezani / Emran), Fezrul Khan (Hasan), Memey Suhaiza (Marisa), Mak Engku (Mak Bilah), Hamidah Wahab (Habshah) dan Ainul Aishah (Siti).

Tidak ketinggalan, Aripah Damanhuri (Mak Wok), Hafizudin (Tuan Baharom) dan Megat Shahrizal sebagai Mukhriz.

Cinta Balqis mengetengahkan kisah percintaan tiga segi antara Balqis, Ezani dan Hasan. Dalam satu pertemuan yang tidak dirancang, Ezani dan Balqis saling jatuh cinta.

Sedangkan, sejak kecil lagi, Hasan yang merupakan teman sepermainan Balqis telah menaruh hati terhadapnya.

Ezani nekad berkahwin dengan Balqis secara rahsia. Setelah berkahwin, Ezani membawa Balqis ke rumah orang tuanya untuk meminta restu daripada mereka. Bagaimanapun, pergaduhan besar berlaku antara Tuan Baharom dan Ezani sehingga dihalau dari rumah tersebut.

Dalam perjalanan memulakan kehidupan baru, malang menimpa. Kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga mengorbankan nyawa Ezani manakala Balqis koma selama sebulan.

Setelah sedar dari koma, kesedihan akibat kehilangan suami bertambah apabila Balqis disahkan mengandung.

Kepayahan dalam membesarkan anak tunggalnya, amat dirasainya, apatah lagi ibunya Mak Wok telah diberhentikan kerja oleh Tuan Baharom gara-gara membiarkan perkahwinan anaknya dengan Ezani.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Relakan Saja....

Korang masih ingat lagi x yg beberapa hari lps aku ada bgtau yg aku terpaksa pendekkan rambut atas sebab2 kesihatan..... Nampaknya,aku terpaksa pendekkan lagi rambut aku kerana aku rasa luka di bahagian kepala aku semakin teruk... (Kalau bertambah teruk nampaknya kenalah g jumpa PAKAR)... Adoilah...Mmg rasa sakit sgt2... Tambah sakit bila waktu nak tido..Adoilah...Seksa tol rasanya...
So lps saja selesai pasal cermin tue,aku terus buat appoinment ngn si HARVEY mintak dia pendekkan + NIPISkan lagi rambut aku...Kalau nak ikutkan kata papa,dia minta aku botakkan rambut mcm Sharifah Amani...Gilo ko apo???? x sanggup den..
Huk huk huk


Masa nie si Harvey dah nipiskan rambut aku dah...Korang nak tgk ker mcm mana rambut aku selepas di pendekkan...Adoilah...

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

V


Ini bahagian belakang...Luka2 tue terletak dibahagian kiri kepala aku...
Walawei,sakitnyer...


Nie pulak dari bahagian sisi rambut aku...


Dan ini pulak dari bahagian depan rambut aku...Hurm,aku x kisah sgt pasal rambut nie sbb aku skg kan dah berTUDUNG....pendek pun ok apa...Tapi aku x dpt lah tunaikan permintaan papa yg suruh aku botakkan ala2 Sharifah Amani tue..
Wakakakakakaka...

Nota Kaki~Nasib baik si Hafiz x bising aku pendekkan rambut..Aku buat semua ini atas sebab2 kesihatan....:)

Berakhir Sudah...

Berakhir sudah penantian selama 2 minggu utk pasang cermin nie blk...Adoilah...Syukur kepada-NYA krn semuanya sudah selesai....Aku ngn mama x perlu nak risau lagik kalau hujan trun sekalipun...
Hik hik hik..


Ini ialah cermin sebelum...Mereka perlu pecah dan bersihkan tempat tue sebelum pasang cermin baru..


Inilah serpihan cermin yg telah dipecahkan....


Ok masa tuk memasangnya....
Jeng jeng jeng

|

|

|

|

|

|

V


Taraaaaaa...Dah siap dipasang...Syukur sgt2.....
Harap2 lps nie tiada lagi lah kejadian mcm nie berlaku lagi kan...



Tinggal Kenangan...

Hari isnin lps aku,mama,Mak Chak,Mak Lang,Mak Jang & Pak Jang ke rumah arwah nenek aku...Kalau sebelum2 nie kalau mama g sana,aku mcm malas nak pegi,tapi memandangkan mama kata ari tue adalah kali terakhir kami akn ke sana memandangkan ia akn bertukar milik kepada org lain... (Sedey woooooo)...


Nielah rumah peninggalan arwah nenek & atok aku....Kat sini byk meninggalkan kenangan kami sekeluarga...


Beralamatkan No 184-A...


Ketibaan mereka...


Mama tersenyum simpul saja...


Ditangga inilah kami selalu berkumpul dan bergambar bersama...Dan ditangga inilah menjadi laluan utama masuk kedalam rumah nenek selain dari pintu bawah...


Ini adalah kawasan ruang tamu ditingkat atas...Mereka buat lawatan yg terakhir sebelum ia berpindah milik ke tgn org lain..


Ini ialah meja solek stail lama...Kalau cat nie comfirm cantik blk...tapi tue lah kalau amik nak letak kat mana,kat umah nie dah penuh giler ngn brg2...


Ini pulak almari pakaian kesayangan arwah nenek aku...Aku sempat lagi bergambar kat situ...Aku memakai baju "Mista Hafiz"....Rindu ok..


Masa nie kami berkumpul bersama di tingkat bawah.....
Semuanya menjadi kenangan kami sekeluarga...

AL-FATIHAH buat:
  • Hj Basiron bin Daud (Datuk)
  • Hjh Rofeah bt Abd Majid (Nenek)
  • Hjh Siti Rahmah bt Hj Basiron (Mak Ndak)
  • Hjh Siti Khadijah bt Hj Basiron (Mak Chu)
  • Nur Farhani Adlin Bt Ibrahim (Sepupu)
Yang telah kembali kerahmatullah...Moga mereka2 ditempat bersama golongan2 yg mulia disana.....
(Rindu pada mereka semua)

100,000

dreamweaver graphics

Sedar x sedar sudah mencecah 100.000 dah pengunjung yg berkunjung ke CintaWanie (dot) blogspot (dot) com setelah setahun lebih aku berjinak didunia blog nie...Dan alhamdullilah dari blog nie,aku dah kenal & jumpa ngn ramai kawan dari serata negeri terutamanya di Kuala Lumpur...
Dikesempatan ini,aku ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka2 yg selalu berkunjung di blog Cik Wanie yg x seberapa ini...Cik Wanie sgt2 menghargainya..Insya-ALLAH,satu hari nanti kita akn dipertemukan lagi dalam satu majlis....Insya-ALLAH...

Tuesday, November 10, 2009

Selamat Tinggal.....


Masa nie diorg dah nak balik...Mmg sedey wooo....yelah kjap saja diorg dtg dah nak blk...Hurm..Bilalah dpt jumpa lagi kan....Nanti dtg lagi tau..
Buat mereka2 dibawah ini:
  • Mummysya (dot) com
  • Attyfir (dot) blogspot (dot) com
  • PinkJamboo (dot) blogspot (dot) com
bila lagi mau dtg sini...x kan nak tunggu majlis TeTtttttttttt kot.....Nanti kalau korang dtg,blh lah wanie booking Homestay kat sini...Then blh ar kita g jln2.... :)

When there are lines upon my face from a lifetime of smiles, when the time comes to embrace for one long last while, we can laugh about how time really flies, we won't say goodbye, cause true love never dies. You'll always be beautiful in my eyes.

Nota Kaki~Best kalau dpt berkumpul ramai2 nie.....;)