Thursday, February 26, 2009

PRODUK....

ekceli pagi td aku ke jitra tuk jumpa ngn kakak angkat aku yg buka salun nie... tujuan utama aku ke sana utk cuba produk nie... TIA AMELIA.. hurm... sepupu aku kata ok.. yelah aku dah lama x pakai produk2 mcm nie.. last aku pakai SET NATASYA GOLD yg harganya dlm rm 2++ ..
memandangkan skg nie aku dlm proses "EHEM",so x salah kalau aku nak mencuba produk nie.. kalau elok,blh lah aku rekemenkan pada korang.. hehehehehe..
harganya rm 95.00 satu set..

bersiap sedia...

yeah yeah yeah,aku dah siap kemas.. esk pagi maybe dlm jam 8.30 atau kul 9 pagi mcm tue kami akn bertolak ke kl... doakan keselamatan kami yer.....
so pada yg jadi dtg berjumpa ngn cik wanie pada hari ahad nie,jgn lupa tau... apa2 hal blh lah hubungi cik wanie di 0125224553 :)
kenapa tetiba ada gambar nie kan.. ekceli aku nak kongsikan pada korang,ekceli roti nie direkemenkan oleh kak maru ... mmg sedap ok rasanya.. ia cuma didapati di 7eleven... harganya rm 4.00 ... masa aku cari td pun hanya tinggal satu saja... alhamdullilah....
ia sesuai utk org yg sedang berdiet mcm aku... wakakakakakakka... TQ to kak maru sbb bg cadangan pada wanie... SAYANG AKK :)


:: perjumpaan ::

esk aku & mama akn berangkat ke kuala lumpur... kejap je kan masa berlalu.. hehehehe.. mcm2 agenda yang kami telah rancangkan... dan salah satu darinya ialah perjumpaan bloggers pada hari ahad ini.. jadi sesiapa yg nak join blh lah hubungi cik wanie ditalian 0125224553 ...
dan pada yg comfirm dtg,jgn lupa inform pada cik wanie dan temujanji kita pada jam 1.00 petang ok :)
dan tidak dilupakan perjumpaan KHAS pada jam 12.00 tgh hari .. tema MERAH..
mlm nie nak pack baju lah...terlupa nak pack baju.. mcm tue lah kan...

:: mulanya satu cinta ::

tajuk novel : mulanya satu cinta
penulis : rose harissa
terbitan : alaf 21
harga : rm 18.00
dalam masa 2 hari aku dpt abiskan baca novel ini... jujur aku katakan citer nie mmg best...menitis jugaklah airmata aku membacanya.....
sinopsis cerita ini
"EDDY EZLI dan KHAIRINA berkahwin di luar negara ketika mereka masih bergelar pelajar. malangnya,ketika anak mereka, AFIZAN berusia dua bulan,khairina berlaku curang kerana desakan hidup dirantau orang....
akibat mencari cinta lain, khairina meminta cerai dan hak penjagaan anak diserahkan kepada ezli. kerana dikecewakan,ezli menutup pintu hatinya utk menerima kehadiran wanita didlm hidupnya...
namun permulaan yg tidak diduga telah menemukan eli dan iryanie yg diupah mengasuh afizan. ibu ezli terpaut dgn layanan mesra yg ditunjukkan oleh gadis itu...
hubungan iryanie dan afizan semakin rapat sehingga anak itu selesa memanggilnya "mama". akhirnya ezli patuh pada fitrah manusia bahawa dia amat memerlukan ibu untuk anaknya dan teman buat dirinya. cinta dan rindunya mula berputik terhadap iryanie.
namun kemunculan semula khairina utk merampas afizan telah membuat ezli hidup dalam kebimbangan. pelbagai cara digunakan oleh wanita itu utk mendapatkan kembali anak itu dari ezli...
konflik dan krisis bagai tak berkesudahan sehingga terbawa kekamar mahkamah. namun, dapatkah mereka menerima keputusan pengadilan yang akan melukakan salah satu pihak???"
kalau nak tahu selanjutnya,belilah novel ini di toko2 buku yg berhampiran anda :) anda x akan rasa rugi membelinya..
(mista nuar,trylah beli buku nie jugak... best tau..wakakakakakakka)

Wednesday, February 25, 2009

:: PERJUMPAAN ::

STICKY MODE
(entri baru silalah scroll ke bawah yer)
TERIMA KASIH :)
----------------------------------------------
memandangkan aku & mama akn trun ke kl pada 27hb feb nie,aku ingat nak lah jumpa ngn bloggers yang ada dlm list aku nie....
td aku ada lah berym dgn 3 org nie

diorg ckp mcm ok saja plan tue... so dah alang2 hari ahad tue aku ada perjumpaan dgn ahli2 geng sayap kan,so baik buat skali dgn perjumpaan bloggers kan (tapi perjumpaan SAYAP kenalah didahulukan sbb ia adalah perjumpaan WAJIB).. yelah aku nie kan susah nak trun KUALA LUMPUR kan (walaupunnnn)....

so dgn ini aku ingin memberitahu bahawa.....

.....

....

....

...

(sila baca dibawah yer)

.

.

.

kalau ada yg berminat,sila tinggalkan komen kat sini (nanti aku akn kasi no hpku yer)... manalah tahu kita blh berjumpa kan.....
yelah x salahkan kalau kita berjumpa & berkenalan ....asyik kenal melalui blog aje, teringin jugak nak bertentang mata (CEWAAAAHHHHHHHH)... hik hik hik hik...
nak berkenalan dgn GENG SAYAP pun blh jugak sbb mereka juga ada bersama aku:) yelah nak kenal org2 yg sentiasa disisi aku kan selain dari mamaku.. hehehehehehehehehehe
psssstttttt to kak ayu .... jom ar join skali.... (rindoo nie)

--------------------------------

YANG PENTING GENG SAYAP MASIH LAGI WAJIB MENGIKUT TEMA YG TELAH DITETAPKAN WARNA "MERAH" ... UTK BLOGGERS LAIN SAJA WARNA BEBAS.. TAPI KALAU ADA YG NAK PAKAI WARNA "MERAH" JUGA,DIALU-ALUKAN SAJA....







love,
cik wanie

Tuesday, February 24, 2009

:: dah BERMULA ::

mula mlm ini,aku dah mula makan produk yg sampai pagi td... ia diambil sehari 2x iaitu pada waktu siang dan malam... so td aku dah mula mknlah...rasanya masam jugak lah,kalau x, x kan lah muka aku jadi cenggitue kan.. wakakakakakakakaka...
mlm nie aku nak tido awal sbb aku x cukup tido.. kita jumpa esk ok:)
~SELAMAT MALAM~

::melawat kawasan ::

petangnya pulak,aku dan mama ke rumah pengantin di YAN... majlis perkahwinan mereka akn diadakan pada 15hb mac nanti,jadi kami kenalah pergi melawat kawasan rumah pengantin... perjalanan kami mengambil masa 20-30 minit jugaklah... kawasan padi ok.... korang tgkla sendiri gambar diatas... hurm...

lepas kami melawat kawasan,kami minta diri pada tuan rumah... punyalah panas kat situ... dahlah tue kami dikelilingi oleh sawah bendang yg skg tgh kering... huk huk huk,tapi apa yg pasti tetap nak bergambar ok:)

bila dah selesai melawat kawasan,aku ajak mama pegi minum kat old town yg baru dibuka di jln kuala kedah.... sebelah ngn sek men keat hwa... aku order honey lemon ice & kaya and butter... mama pulak order orange juice & curry mee... sambil kami makan,kami bincangkan pasal pelamin,bilik tidur & meja mkn pengantin yg akn kami hiaskan dirumah pengantin itu... huk huk huk...

abis semua selesai,kami terus pulang sbb nak layan citer SPA Q 2...
ekceli hari nie "MOOD" aku kurang baik sbb tue aku x "BERMAKE UP" sbb ntahlah mcm2 benda yg SEDANG bermain dibenak hati aku nie :((





::pagi SELASA aku ::

pagi2 lagi si ecah dah bikin aku hangin... wakakakakakakakakaka... dahlah smlm aku x CUKUP TIDO,tetiba pagi nie si ecah minta aku antarkan dia ke sekolah...alasannya sbb bawa byk barang padahal tudung tue blh lipat masuk dlm paper bag dia.. apa lagi pot petlah aku kat dia... dah lah aku tgh sakit perut... huk huk huk...
tgh dok marah2 tue kunci kereta pulak "HILANG" ... puaslah mencari satu rumah,nasib baiklah ada spare.. hurm,nak tahu mana kuci tue "MENGHILANG" ,rupanya tertinggal dalam bonet.. adoilah.....
then dlm pukul 11 mcm tue "BARANG" yg aku order tue sampai melalui pos laju.. korang nak tahu ke apakah "BARANG" itu?? hurm,nanti aku ceritakan ok.. buat masa skg biarlah dlm "RAHSIA" dulu... ok :)
yang pasti itu bukan "DADAH" ok tapi brg kesihatan... lalalalalalalalalla

:: CALON-CALON ::

bercerita tentang photoshoot yg aku katakan td,aku rasa aku dah jumpa beberapa calon... tapi sblum aku senaraikan nama2 mereka disini aku akn buat satu UNDIAN utk anda pilih siapa yg LAYAK utk menjadi model baju2 pengantin di butik kami nanti....
UNDIAN terbanyak akn menjadi pemenangnya...
yang pasti anda buatlah PILIHAN yg bijak:)
ok semua..
TUNGGU DI NEXT ENTRY :)
----------------------------
sesiapa yg ada calon2 yg ingin anda berikan,sila tinggalkan nama calon dan URL calon itu:) cik wanie akn jejak blog calon2 itu:)

:: perancangan ::

hurm beberapa hari yg lalu,aku ada bincang ngn mama ttg nak buat photoshoot baju2 pengantin yg ada kat butik aku tue sbb insya-ALLAH butik aku akn keluarkan baju2 terbaru utk bakal2 pengantin.... mama aku kata ok saja... dan aku ingat nak amik MISTA ASRIL sebagai jurugambarnya (sebab dah kenal,senang bekerjasama) ... dan modelnya hanyalah seorang perempuan.. aku x nak amik model lelaki... susah lah.. hehehehehe...lokasinya pulak tempat yg dirancangkan iaitu :
  • dataran putrajaya

so skg nie aku nak buat plan dan akn berbincang dgn mista asril.. dan MAYBE model yg akn aku ambil adalah dikalangan bloggers jugak (MUNGKIN ANDA) .. so kenalah tunggu yer sbb aku akn updatekan tentang ini dari semasa ke semasa.. hehehehehe....

-------------------------------

tapi apa yg pasti skg nie aku kena fikirkan tentang persiapan majlis 06.06.09 tue ( tinggal 101 hari saja lagi ) ....

dalam masa yang sama aku kena fikirkan satu masalah baru yg timbul dan menyebabkan smlm aku x blh tido dgn selesa.. sampai beberapa kali aku SEMPUT kerana byk menangis.. huk huk huk huk.... (DUGAAN BETUL)

Monday, February 23, 2009

:: satu hari di TESCO ::

seperti yg aku beritahu kan... ari nie aku bawa mama,mak chak & mak jang ke TESCO... (biasalah DUTA TESCO melawat kawasan,ayat yg aku berikan pada nuar) hehehehe...
jam 10 pagi,kami singgah dulu ke rumah mak lang sbb dia ada pesan tuk beli brg kat tesco.. then kami g mkn dulu kat kuala kedah... ( x der gambar lah ) huhuhu

tgk aku ke TESCO dgn rambut baru... hehehehe... bila sampai je di tesco masing2 dah tahu apa yg perlu diambil.. mestilah ambil troli.. hahahaha...

tgk lah punya lah nak BERGAYA sampai sanggup pakai kasut tumit tinggi.. mak jang dah bilang,nanti sakit kaki,tapi aku cakap yg x der apa,ok saja:)

tgk lah memasing beli brg2 yg perlu dibeli... diorg nie kalau dtg sini,brg yg WAJIB dibeli adalah KELUARGA BAWANG...kat situ saja amik masa 15-20 minit tau....aku nie tukang bawa troli saja.... memang bestlah kalau shopping bersama keluarga.. yelah sambil membeli blh lah bertukar-tukar fikiran... huhuhuhu...


cubalah korang bayangkan,troli tue dari x der barang,sampai penuh troli tau dibuatnya.. yelah mcm2 beli ok:)mcm2 lah yg mama beli utk keperluan rumah...

punyalah dah x larat nak pakai kasut tumit tinggi,aku buat KEPUTUSAN utk membeli selipar saja di kedai yg ada dlm tesco tue.... mama,mak chak & mak jang gelakkan aku saja..( yelah mana x gelaknya,diorg kan dah pesan,x payah pakai kasut,tapi aku DEGIL) hehehehehee.... pengajarannya,lain kali kalau nak g bershopping,x PERLU pakai kasut tumit tinggi.. wakakakakakakakakka

setelah 3 jam berada dlm tesco,kami buat pembayaran dan terus pulang... bulan nie org yg paling byk membeli adalah mama iaitu rm 221.50 diikuti mak chak rm 145.30 dan akhir skali mak jang rm 120.00... (apalah brg yg kami beli kan) byk tol....
sebelum nie ada lah salah seorang pembaca aku beri cadangan supaya ambil gambar bonet sebelum & selepas,so kali nie aku amik jugak gambar bonet... dari kosong bonet tue sampai penuh tau....itu hanyalah bonet kereta proton wira aerobik mama tau.. hahahaha...masa nie mama dah tahu dah apa yg aku nak buat,mama gelakkan saja....

nak tahu aku beli apa jer.....
...
...
...
...
...
...


mcm biasa aku beli syampu,ubat gigi,berus gigi,sabun badan,air mineral dan yg paling penting majalah dan novel......aku nie kan "HANTU" novel tapi aku cuma minat keluaran alaf 21 sajalah....kalau majalah pulak,aku mmg suka beli media hiburan & mangga :)

buat MISTA NUAR.. lalalalalalalla...cik wanie pun dah beli novel tau.. sila jeles... (aku saja je bergurau dgn nuar sbb aku suka ngusik si nuar nie) wakakakakakakaka....nak pinjam x novel cik wanie????lalalalalalala

hari nie aku happy sgt2 sbb aku dapat hiburkan hati mama & aunty2 aku.....

bulan depan jgn lupa pergi lagi:)

:: MAKLUMAN ::

MAKLUMAN !!!!!!!
cik wanie hanya mahu nama-nama seperti:
  • HAJAH SITI AMINAH (wajib lah kan)
  • cik anis
  • mista nuar
  • mista rizz
  • mista rizz
  • mista ajim
  • mista pojie
  • mista zoul
  • mista el-zafrill

ada pada jam 12.00 tgh hari...cik wanie x nak lain dari nama2 diatas ada masa perjumpaan ini.. kalau ada yang bawa kawan,adk-beradik atau sesiapa saja SILA join yg pukul 1.00 ptg... HARAP dapat HORMAT keputusan cik wanie sbb cik wanie nak bincangkan beberapa perkara yg rasanya org lain x perlu tahu lagi kot.... (berkaitan dgn majlis CIK WANIE)

pada ahli2 GENG SAYAP yg baru JOIN tue,blh join pada jam 1.00 ptg...

HARAP MAKLUM :)

Sunday, February 22, 2009

:: bila CIK WANIE bermata EMPAT ::

ekceli kan aku nie susah sgt nak pakai spek mata nie..bukannya apa,rasa mcm diri nie dah TUA sgt tau bila aku pakai spek... aku nie sebenarnya RABUN SILAU... tinggi jugak lah powernya dan tebal lah dia punya frame... adoilah...
wahai spek BONIA ku,blh x kalau aku x nak pakai kamu??hahahahaha..
LARIKKKKKKKKKKK

:: hasilnya ::

inilah hasilnya......
lepas saja selesai semua,aku bawa mama & ecah g mkn kat GEMILANG BURGER... dah lama x mkn kat situ... yelah sejak terputusnya sebuah PER******AN,aku mmg x pegi situ... hurm...
aku & mama order chicken chop dan si ecah plak order egg banjo special.... oklah sedaplah jugak:)
tgk lah wajah2 kegembiraan mereka... hehehhehehehehe...
esk,aku akn bawa mama & 2 org aunty aku ke TESCO.. mcm biasalah setiap bulan mmg WAJIB bawa mereka nie.... ada jugak yg tanya aku,bulan nie x pergi TESCO ker... utk pengetahuan korang,aku akn bawa mereka setiap bulan pada 21hb dan ia mestilah jatuh pada hari isnin sbb butik aku tutup pada hari ISNIN... hehehehe..
so nak tahu apa yg aku dan mereka beli,kenalah tunggu entry esk yer:)

TIBA-TIBA ......

sambungan pada kisah rambut baru aku..... hehehehehe... ptg tue,tetiba aku TERASA nak buat teknik rebonding dibahagian rambut depan aku.... mulanya ingat nak buat hari rabu nie saja,tapi dah alang2 kan.... so ptg td aku call "HARVEY" ckp nak g salun blk... heheheehehhee...
so sampai je salun dia,terus dia buat keje dia... kali nie aku ditemani oleh si ecah.... mama pulak ada kat umah.. hehehehehe....
semasa proses ini dijalankan.....

aku ngn harvey nie mmg rapat.. ekceli dia nie mmg jenis x pernah berkira dan rajin tolong aku & mama jika kami ada masalah....
nak tgk hasilnya?????
jeng jeng jeng...

TUNGGU....



:: rambut CIK WANIE ::

semalam kan aku ada tanya warna rambut yg mana sesuai tuk kulit muka aku kan... samada warna rambut si norish karman @ jasmin hamid... hurm fikir punya fikir,aku sudah dpt jawapannya pagi td...
pagi2 lagi aku dah call "hairstylist" aku tuk buat appoinment..kalau x buat takut kang aku nak kena tunggu.. malas lah nak tunggu2 wpun BUTIK aku kat atas kedai dia saja.... tepat jam 10 pagi,aku & mama sampai... itupun dah ada 2 org tgk gunting rambut.. kami tunggu lah kejap... sementara tue,aku dan mama pilihlah warna yg sesuai.. nak tahu aku pilih warna apa... huk huk huk.. aku pilih warna apa yer... aku x hengat lah... wakakakakakakakakaka....
ini ialah rambut sebelum aku... seblum nie warna rambut aku mcm coklat terang gitue... so kali nie aku x nak nampak sgt lah,aku nak kasi NATURAL BEAUTY...gtuekan... hurm......pilihan warna rambut aku serahkan pada hairstylist aku ler... diakan lebih pakar dari aku....
setelah 2 jam menunggu... aku dapat lihat keputusan warna rambutku... nak tgk x??????
jeng jeng jeng jeng jeng...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...

inilah rambut aku SELEPAS diwarnakan... aku sgt2 berpuas hati... ada yg x puas hati???? (ADA SAYA KESAH!!!!!!) hurm.....mama pun berpuas hati dgn warna rambut aku kali nie... kalau x mama akn bebel jugak ok kalau dia x berkenan tue.. hehehehhehehe...
nak tahu brapa harganya... harganya cuma rm 48.00 sahaja :)

so bila dah naik butik tue,aku sambung berposing lagi... minta mama yg ambilkan... ada yg tanya aku,adakah aku nie berkaca mata... ye saya berkaca mata,tapi aku nie jenis JARANG pakai.... sbb nampak mcm ORANG TUA saja.. lalalalalalalalalla...

aku mmg berpuas hatilah... TERIMA KASIH jugak aku ucapkan kepada 2 org nie sbb memberikan pendapat kepada aku tentang warna yg sesuai utk wajah aku...org itu adalah :
  • DWEN
  • ABG EQBAL

ada sambungan lagi tau kisah rambut nie.... tunggu next entry ok:)



Saturday, February 21, 2009

:: yg mcm mana yer?? ::


kenapa tetiba ada gambar norish karman & jasmin hamid yer?? hurm ekceli kan,aku nak minta pendapat koranglah,warna rambut mcm diorg kat atas nie sesuai x ngn muka CIK WANIE... hurm sbb warna rambut aku dah mulai luntur.... so aku ingat sebelum ke KL nie,aku nak lah warnakan rambut aku nie... hehehehehe..
so aku perlukan pendapat kalian... blh kannnnnn...atau kalian ada pendapat lain... aku terima seadanya.. heheheh:)

tgk lah warna rambutku dh mulai luntur... hurm...

:: hari ini hari sabtu ::

hari ini aku & mama tidak ke butik sbb aku kena siapkan beberapa keje tuk butik aku... hurm... so aku byk berada dalam bilik aku tuk mengadap PC nie lah dan blog SNS ANGGUN aku tue.. hehehehe.....
ptgnya,barulah kami bertiga kluar... waktu nie awan dah mula gelap... apa lagi nak hujan lah kan.. hehehehe..
mula2 kami ke MAXIS CENTRE tuk bayar bil.. terlupa dik oiii nak bayar.. hehehehehe.. lps bayar,kami terus ke kedai ikan sbb mama nak beli mknan ikan yg kat butik tue.. pastu plak mama sempat plak beli anak2 ikan tuk diletakkan dirumah... hurm....
lepas tue kammi terus ke simpang kuala,mama kata nak beli ikan tapi sebelum tue mama ke RAINBOW sbb nak beli manik tuk jahit baju pengantin... x abis lagi ok... mama mmg minat ooooo..... lps nie mama kata nak jahit sendirilah manik2 kat baju pengantin yg lain tue:)

sampai kat pasar simpang kuala,mama pun pilihlah ikan2 tuk dibeli.. JUJUR aku katakan yg aku mmg x pandai pilih ikan ok dan aku mmg x tahu nama2 ikan.... sbb aku sendiri x mkn ikan ok:) ......

lps pilih ikan,mama teringin nak mkn apom lenggang... si ecah plak teringin nak beli satay ikan.. aku pulak teringin nak makan kepok leko.... dah mcm org ngandung plak... hehehehehe...

tgk punyalah lapaQ,dalam kereta ok kami mkn... ala masa nie menunggu si ecah beli satay ikannya.. kang kalau x beli SENTAP plak dak tue.. hehehehehe..

satay ikan nie dah lama kami x mkn,dulu masa sek tue ada lah org jual satay tue.. dulu murah saja,satu cucuk rm0.10 ajer... skg dah rm0.20 secucuk.. hehehehehe.. mama x pernah rasa satay nie... tue yg dia kata x sedap...
mlm nie nak layan cerekarama di tv 3, citer "AYAM GORENG COMEL" ...minggu nie aku tgk asyik kisah "ORG GEMUK" saja.. kenapa yer?????





::JEMPUTAN KE MAJLIS PERKAHWINAN::

wah wah wah...bestkan bila dapat kad jemputan nie..rasa mcm diri nie nak kawin jer tau.... hehehehe... dah lah tue warna kad jemputan nie mcm kad jemputan tuk majlis hari lahir aku bln jun nie tau..hurm.....
ekceli,td aku ada terima kad jemputan nie dari salah seorang dari rakan bloggers aku nie... nak tahu siapa???hik hik hik.....
jeng jeng jeng... kad jemputan nie adalah dari cik wanie kita, ish silap plak bukanlah ia dari cik giena kita lah .... br sampai td.beliau akn melangsungkan perkahwinannya pada 07.mac.2009 nie di KUALA SELANGOR.... tapi aku nak minta maaf awal2 sbb aku x dpt menghadirkan diri kemajlis beliau sbb aku ada job pada tarikh tue di alor star.....
apapun aku doakan agar perkahwinan kamu akn kekal buat selamanya...insya-ALLAH.... hehehehe.. lps nie giliran siapa pulak??? lalalalalalalalalala

Friday, February 20, 2009

::HARI INI HARI JUMAAT::

salam jumaat semua.. hehehehhehe...hari nie aku ke butik memakai baju warna coklat.... hurm ekceli kan dah lama x pakai baju nie,nak tahu kenapa,sebabnyer seblum nie baju nie KETAT, maknanya ..... (LU FIKIRLAH SENDIRI) lalalalalalalalalalla...

biasalah sebelum ke butik,kenalah bergambar dahulu.. mama mcm dah tahu2 jer rutin harian aku... hurm... ala saja suka2 kan... (ada org x suka???SAYA PEDULI APA) hehehehehehhehe...
sampai saja butik,mcm biasa aku akn buat keje aku lah dan mama akn buat keje mama... korang nak tahu apa yg mama buat...
korang nampak x gambar diatas tue...itu adalah baju pengantin yg telah ditempah utk dipakai pada 14hb mac nie... mama tambahkan manik2 kat baju tue... CANTIK X????

inilah keje mama...selagi x siap,selagi tuelah mama dok pulun buat mende nie.. hehehehehehe....
br sebentar td,aku berbual dgn mista nuar... yelah tanyakan pendapat pasal perjumpaan 1hb mac... alhamdullilah,sambutan menggalakkan...
----------------------------------------------------
(PESANAN BUAT GENG SAYAP)
~perjumpaan antara kita adalah JAM 12.00tgh hari dan bukannya 1.00 ptg tau...nasib baik lah si nuar bgtau....saper lambat,siaplah.. kena denda... hahahahahahahhaha~




Thursday, February 19, 2009

:: TOPIK HANGAT ::


ekceli smlm aku TERLUPA nak tgk bual bicara ALLY yg dikeudara jam 11 mlm... aku teringat pun lps salah seorang kawan dari geng sayap (mista pojie) sms aku suruh tgk,itu pun dah nak abis.... so td,aku tgk lah ulangan kat web TV3 ...
tajuk minggu ini adalah "GEMUK" ...kenapa tetiba aku keluarkan isu ini..tetamu nya adalah DINA & CHEF ZAM.... sebelum itu aku br tahu yg rupanya byk panggilan "ISTIMEWA" utk org GEMUK nie kan seperti bob,bear,tong gas,mok,giant,topui & mcm2 lagilah.... hurm.. apalah perasaan org yg dipanggil sebegitu kan... hurm,even aku sendiri pun ada juga panggilan2 yg kadang2 blh menyinggung perasaan aku....
bercerita tentang isu GEMUK niekan..aku nie bukanlah PANDAI SANGAT lah,cuma aku sendiri berada dalam situasi PEREMPUAN GEMUK...bagi aku kan,gemuk @ kurus semuanya sama saja,makhluk ALLAH S.W.T jugak..org2 mcm nie ada perasaan jugak...cuba korang bayangkan kalau tetiba korang berada ditempat org yg di perli itu,apa perasaan korang? hurm mcm tue jugaklah ngn org2 yg di perli tue...
mereka x mintak jadi GEMUK,mungkin keturunan,penyakit dan mcm aku sendiri lps menjalani pembedahan,bdn aku terus naik...aku x minta jadi mcm nie....
ada yg cakap org yg GEMUK nie susah nak cari baju...dahulunya aku akui mmg susah,tapi skg tidak lagi,korang tgk sendirilah gambar2 kat bawah ini,mcm2 baju yg aku pakai.....hurm...

korang tahu x ORG GEMUK nie pun nak jugak berfesyen...dan siapa kata ORG GEMUK nie x pandai bergaya...CAKAP!!!! (wah ayat)... hehehehehehehe...kalau kena dgn gayanya,nampaklah menarik kan...hurm......byk dah butik yg jual pakaian utk saiz2 YANG COMEL nie tau:)










mcm kata syanielah "kami gemuk nie ada kacau beras kat rumah kau ker??"x der kan... so jgnla sesuka hati mengeji @ mengutuk ORG GEMUK kerana kami juga ada perasaan dan harga diri...

ada yg cakap ORANG GEMUK nie very warm & loving (betul ker??)lagi satu,ORANG GEMUK nie ada kelebihannya tau...hurm nak tahu apa kelebihannya (LU PIKIRLAH SENDIRI) hurm

mcm aku sendiri,aku bahagia dgn keadaan diri aku skg dan aku JADI DIRI aku sendiri wpun kadang2 tertekan juga dgn kutukan2 org disekeliling...apapun JAGA KESIHATAN itu penting.....