Tuesday, March 31, 2009

:: LIVE ::

salam buat semua pembaca blog cik wanie.. sekarang nie cik wanie berada di rumah kakak kesayangan cik wanie,siapa lagi kalau bukan MUMMYSYA aka KAK SYIKIN... td lunch aku sempat lunch ngn kak ayu,kak dee & mummy azlina kat republik food court,pavillion....
yang bestnya kenangan aku naik komuter mmg best... yelah lama x naik train.. sejak2 aku duk kat kedah kan... dari naik teksi terus naik komuter dari UKM ke kl sentral dan naik cab terus ke pavillion.. mmg best sgt2 kenangan... (sampai x sempat nak amik gambar)
lps nie,kak syikin dan keluarga nak bawa aku kluar g makan dan terus antar aku pulang ke bangi....mlmnya pulak aku ada family dinner kat luar bersama mista dwen.....hik hik hik... saper mau join???? sori.....
esk pagi @ malam aku akn pulang ke kedah.. nanti aku akn updatekan kisah2 aku sepanjang di kl.. dari majlis kawin blogger dan mcm2 lagilah...doakan utk aku yer:)

** AWAY **

(STICKY MODE)
entry baru ada kat bawah......

im away Pictures, Images and Photos

salam buat semua pembaca cik wanie... disini,cik wanie ingin beritahu yang cik wanie tidak akan berblogging utk beberapa hari kerana cik wanie akn berangkat ke Kuala Lumpur dari 28hb mac 09 sehingga 30hb mac 09....

cik wanie akan ke Kuala Lumpur sendirian tanpa ditemani oleh mama tercinta.. jadi cik wanie nak "MOHON MAAF" byk2 andai cik wanie x dpt jumpa kwn2 yg ada kat KL sana... sbb masa cik wanie "amat terhad" ... harap tidak ada yg akn berkecil hati.. kalau dpt pun maybe satu kebetulan saja. x per,kita blh jumpa pada bulan Jun kan....

apapun doakanlah agar cik wanie selamat pergi & selamat pulang .. andai cik wanie ada pernah melakukan kesilapan @ pernah meLUKAkan hati kalian,cik wanie menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kepada kalian.. cik wanie hanya manusia biasa yg tidak pernah lari dari kesilapan.. andai cik wanie pergi dulu,harap diHALALkan segala-galanya baik dari makan & minum dan perkataan...

------------------------


Saturday, March 28, 2009

Luahan HAti....

(STICKY MODE)
aku nak letak ini entry 24 jam.
hangin satu badan wooooooo....
maybe korang masih ingat kisah 04.mac.09 yang lalu dimana aku dan mama terlibat dalam kemalangan jalanraya di lebuh raya utara-selatan di gopeng,perak... dimana 2 buah kereta iaitu VIOS & PROTON SAGA telah melanggar belakang kereta kami...
kalau korang nak tahu sampai hari ini (27.mac.09), kereta masih belum diperbaiki lagi kerana urusan insurans yang masih belum selesai.. itu x pelah,yg aku hangin nie td papa ada call mama,dia ada bgtau yg kami x blh CLAIM INSURANS dari 2 buah kereta yg melanggar kereta kami atas sebab KAMI ADA SURAT SAMAN (dan mama telah menandatangani surat saman itu).. padahal kereta kami adalah kereta pertama dan MEREKA (sialan2 tue yg melanggar kereta kami)...korang pun blh fikirkan,manalah ada org yg nak kemalangan itu berlaku... kami disaman kerana menghalang laluan dilebuhraya,padahal kereta kami berada di LANE KIRI dan sudah beri lampu KECEMASAN, (gila ke apa!!!) .... papa aku dari ari tue dah bising,dia pun selalu jugak eksiden,tapi x pernah lagi kena saman.. huh!!!!!! mentang2 lah kami berdua nie perempuan,diorg blh buat sesuka hati saja..
PERSOALANnya sekarang,adakah pihak2 ITU diS**** oleh mereka2 yang telah melanggar kami itu.... dari ari tue lagi PIHAK ITU nak cari kesalahan kami kononnya kami nie punca kemalangan itu berlaku dan langsung x nak dgr penjelasan kami... adoilah...papa pun ada ckp td,sbb kami nie perempuan,jadi PIHAK itu mmg nak cari pasal..
aku yg marah nie bukannya apa,susah tau bila x der kenderaan... pergerakkan terbatas.. dah tue kalau aku sakit mcm beberapa malam lps (akibat asma),maunya dah MATI... entahlah,x kan nak bergantung pada pertolongan org saja.. naik seganlah kami..
kepada PIHAK itu,nadai benar anda dis**** ,ingatlah hari ini hari ANDA,tapi satu hari nanti DUIT HARAM yg anda dpt itu akn memakan DIRI ANDA sendiri..duit tue dah lah kasi sama isteri & anak2... LU PIKIRLAH SENDIRI !!!!!
(MAAF,AKU TEREMOSI SKG NIE.. TERLALU GERAM NGN APA YG SEDANG BERLAKU PADA KELUARGA KAMI)
kalau ada yg nak cakap kami nie PEMBAWA SIAL @ NAK GELAKKAN KAMI,silakan lah,aku x kesah.. sbb aku tahu ini semua DUGAAN yg telah diberikan OLEH-NYA.. dan aku yakin ALLAH S.W.T nak menguji kepada hamba-NYA.... (aku tahu ada yg dok ckp pasal hal nie,aku KACO hidup ko ker???)

Friday, March 27, 2009

:: persiapan diri sebelum ke KL ::

aku nie mcm biasalah,kalau nak ke mana-mana especially ke KL,aku pasti akan ke salun si harvey nie.. dia pun dah masak ngn perangai aku.. hik hik hik... kali nie aku cuma cuci + blow + trim rambut saja (RM 19.90) ... malas nak buat treatment.. hik hik hik...
mcm biasalah,kalau dah jumpa ngn si harvey nie,mesti berbual sakan.. diorg nie friendly tau.. aku suka kawan ngn diorg.. hurm...


tetap nak bergambar kan dgn pelbagai jenis pose...hik hik hik...

masa nie si harvey dok kata " tue nak masuk dlm blog lah tue" ... haruslah harvey oiiiii, nama pun blogger TEGAR...wakakakakakakakaka....


muka aku bersolek ok.. aku memakai make up dari REDGLOW ... cantik.. bercakap tentang REDGLOW,skg nie aku tgh dok promote kat butik2 pengantin kat kawasan alor star,dah sorang dah yg dah order... hurm... (ala tolong kawan2) .... x rugi kalau korang beli...

sebelum balik si harvey promote menatang nie.. dalam tue ada syampu,conditioner dan hair tonic... murah saja rm 78.00 ajo...sesuai tuk rambut yg ada masalah....rambut aku nie sensetif,mcm tuannya jugak lah..hik hik hik...

haruslah aku bawa nie ke kl nanti.. hik hik hik hik...

gambar-gambar kahwin....


tadi aku telah terima email dari klien aku yg amik pekej pengantin kat butik aku baru2 nie... dia kasi gambar2 yg telah mereka amik...
korang layanlah gambar2 nie sementara aku nak siapkan brg2 utk dibawa esk ke KUALA LUMPUR...
LAYANZzzzzzzzzzzzz








terima kasih adk IKA.. selamat pengantin baru.. semoga kekal buat selama-lamanya... amin..

Thursday, March 26, 2009

:: perutusan raja sehari ::

aku sudah terima perutusan raja sehari...rasanya mcm dah tahu siapa....sbb baru2 nie orgnya ada sms aku pasal nak antar kad jemputan....jeng jeng jeng...

dah sampai dah kadnya........cantik sgt kadnya....kad berwarna coklat silver mcm tue lah..hik hik hik hik...

kad jemputan ini dtgnya dari CIK NURMALA kita... TQ so much atas jemputan mu wahai sayangku.... (sori wanie ambil gambar u & pasangan tanpa kebenaran) maafin wanie yer.....
insya-ALLAH,kalau x der apa2 halangan,aku akn trun ke majlis perkahwinan beliau iaitu pada 29 mac 2009...aku akn trun sendirian (mama x trun kali nie)..dan maybe aku akn stay di bandar baru bangi (sek 8)
dan aku akan pergi bersama siapa ke majlis perkahwinannya??nak tahu dgn siapa...jeng jeng jeng jeng....

...

...

...

...

...

...

inilah orgnya...MISTA DWEN...dah set ngn dia dah td....hope kali nie dia x akn lupalah yer...kalau x PASTI aku akn majuk lelama dgnnya..wakakakakakakakakaka..... (ingat tue ABANG)
so sesiapa yg pergi tue,kita jumpa kat sana sajalah yer... (pssttt tue wawa & yanie,korang pegi x??)

Mati ketika sedut lemak

dipetik dari kosmo online .....

(KLINIK sedut lemak di Ampang yang memberi rawatan kepada Noraini sebelum wanita itu meninggal dunia semalam.)
KUALA LUMPUR - Entah di mana silapnya, setelah 14 kali menjalani rawatan sedut lemak pada badan, Noraini Mohd. Ghazali, 30, menghembuskan nafas terakhir ketika mahu mendapatkan rawatan susulan di sebuah klinik di Jalan Lima, Ampang dekat sini semalam.
Kakak angkat mangsa, Misha Abu Bakar, 46, berkata, kejadian yang berlaku amat mengejutkan kerana ketika itu dia sedang menunggu di tingkat bawah klinik tersebut.
Menurut Misha, dia berasa pelik kerana perlu menunggu selama hampir empat jam dari pukul 1 tengah hari sedangkan pengalamannya menemani adik angkatnya itu mendapatkan rawatan sebelum ini tidak pernah melebihi satu jam.
"Sekitar pukul 5 petang, saya kemudian melihat beberapa jururawat turun naik dalam keadaan cemas sehinggalah saya mendesak mereka memberitahu apa yang berlaku.
"Mereka hanya meminta saya bertenang dengan alasan rawatan masih berjalan sebelum saya diminta naik ke bilik rawatan kerana doktor mahu berjumpa,'' katanya...
------------------------------------

(klik kasi besar)

-------------------------

( kalau nak tahu,sebenarnya aku ada pengalaman buat sedut lemak nie... aku buat sedut lemak nie pada tahun 2007 di johor bahru.. kosnya mmg tinggi,kalau nak dikirakan skali dgn penginapan,tiket kapal terbang,kira2 dlm rm 8ooo.00 mcm tuelah...

buat tue mmg sakit,sbb masa buat tue,aku berada dalam keadaan sedar sepenuhnya... tapi nak cantik punya pasal,kenalah tahankan jugak... mmg trun berat badan aku.. kalau sebelum buat sedut lemak tue,berat aku 104kg,kemudian trun dalam 10 kg,tinggal 94kg dalam sebulan... itu aku baru buat dibahagian dagu dan perut bawah.. hurm.. tapi sbb kos yg tinggi,aku batalkan niat aku utk buat follow up....aku buat cara lain...

bila aku baca keratan akhbar kat kosmo,mmg menakutkan.. adoilah.... kalau nak kurus,kenalah cari cara yg lain... mcm aku sendiri,aku amalkan diet + amik supliment + amik jus (S.I.Y) + phyto fiber... dan yg paling penting DISPLIN... alhamdullilah aku skg dah trun kepada 80kg... (doakan utk aku yer) ....

itulah pengalaman aku yg aku nak kongsikan bersama kalian..

I wanna love you forever.....

You set my soul at ease
Chased darkness out of view
Left your desperate spell on me
Say you feel it too
I know you do
I've got so much more to give
This can't die,
I yearn to live
Pour yourself all over me
And I'll cherish every drop here on my knees
Chorus:
I wanna love you forever
And this is all I'm asking of you
10,000 lifetimes together
Is that so much for you to do
Cuz from the moment that I saw your face
and felt the fire of your sweet embrace
I swear I knew
I wanna love you forever
Verse:
My mind fails to understand
What my heart tells me to do
And I'd give up all I have just to be with you
And that would do
I've always been taught to win
And I never thought I'd fail
Be at the mercy of a man,
I've never been
Now I only want to be right where you are
ChorusBridge:
In my life
I've learned that heaven never waits
Let's take this now before it's gone like yesterday
Cuz when I'm with you there's nowhere else
That I would ever wanna be
no I'm breathing for the next second I can feel you
Loving me..
I'm gonna Love
Chorus

:: 2 wajah,satu hati ::

kenapa tiba2, dua wajah ini ada dalam ini blog??? apa kaitannya dgn tajuk entry aku nie??? hurm..... kalau korang nak tahu yg sorang nie namanya MOMGUESS dan yg sorang lagi namanya KAK RASP ....(klik saja nama diorg tuk masuk blog mereka ok) ....
sebenarnya smlm lebih kurang jam 9.30 mlm mcm tue,aku DOWN sgt2 (tapi rasanya x perlu aku ceritakan MENGAPA,kan) ... so aku sms pada kak rasp... dan bila aku rasa dah sampai satu tahap tue,aku terus call kak rasp,dan sesuatu telah berlaku (biarlah aku & kak rasp saja yg tahu) ... dan x lama tue,aku ok lah skit... then.. dalam kul 11.00 mlm mcm tue,momguess sms aku tanya samada aku dah tido ataupun blum... aku bgtaulah belum.. x lama lps tue,aku call momguess.. (aku nie jenis malas nak bersms,suka call terus) ... dan perkara yg sama berlaku mcm aku ngn kak rasp td... kali nie lama jugak lah aku berbual ngn momguess.. aku tahu salah satu cara dia nak buat aku ketawa kembali,dgn cara dia ceritakan yg blh buat aku ketawa.. hurm...
tapi ketawa aku itu tidaklah berpanjangan,lps saja aku letak phone,aku kembali murung dan aku tidak dapat langsung memejamkan mata sampailah pagi td..yg sepatutnya aku kena pegi butik,aku x pegi sbb aku x tido... jadi aku amik keputusan makan ubat tido dan skg baru saja buka mata dari lena...hurm..
sebenarnya,apa yg aku nak kongsikan bersama kalian,sebenarnya dunia blogging ini adalah dunia yg paling aku rasa happy,nak tahu kenapa?? sebabnya aku rasa,ramai yang betul2 ikhlas utk berkawan dgn aku... ada yang CARE pasal diri aku dikala aku DOWN... aku akui sejak aku berblogging nie,aku dpt ramai lagi kakak2,abang2 atau kawan2 yg betul2 baik ngn aku dan aku amat2 menghargainya....hanya ALLAH saja yg dapat membalas kebaikkan mereka semua...
jadi berkawanlah selagi mampu... kenali hati & budi seseorang itu.. jangan menilai seseorang itu dari luaran saja...kerana kalau kita menilai org itu dari luaran saja,kita akn sangsi dgn seseorang itu...hurm...
btw,terima kasih kepada KAK RASP & MOMGUESS pasal semalam.. sgt2 menghargainya... jgn risau,i will ok soon...
~GIVE ME A WARM HUGS~


Silent Mode.....

Lonely are the nights
Lonely are the days
Lonely am I,
in so many ways
Lonely is this place
Lonely is my life
Lonely am I,
that I reach for a knife

-------------------------------

Apa pun yang terjadi

Berjalanlah tanpa henti

Air mata tertahan

Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu

Betapa bijaknya hidup

Sepahit apa pun ini

Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu

Tak akan merubah apapun

Semoga mampu ku lawanKesepianku…

(bait2 lagu "melawan kesepian")

---------------------------------

( i need some space for myself...this the best way for me )

:: MEI ::

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi
.* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan. (ASMA)
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros
----------------------------------------
(sebenarnya kan aku nie kurang percaya skitlah bab2 bulan nie, tapi ada beberapa perkara yg tertulis kat atas tue benar2 ada dalam diri aku.. nak tahu yg mana,yg tulisan warna "MERAH" tue ... hik hik)
kalau korang nak tahu tentang bulan korang,masuk SINI .....semua bulan ada....

:: doa penerang hati ::

Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan


Ya Allah,
bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku
dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku,
lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
----------------------------------
(moga hati aku tenang kembali)

Wednesday, March 25, 2009

::happy::

aku happy bukannya aku dah terima "sms" dari dia,tapi aku happy sbb dapat membantu 2 org kakak aku dalam dunia blogging terutamanya utk nuffnang.. walaupun aku masih baru,tapi aku rasa x salahkan kongsikan apa yg aku tahu utk mereka yg nak tahu lebih lanjut....
terima kasih kepada KAK WAHIZAH & MOMGUESS kerana memberi kepercayaan kepada wanie utk buat nuffnang kat blog kalian... dan beri kepercayaan berikan password bagai kat wanie... wanie hanya mampu lakukan yg TERmampu saja...
harap kalian berdua berpuas hati... buat kak wahi ,teruskan berblogging... adkmu akn sentiasa memberi sokongan kepada akk ok....luv u alwaz...
bab "sms" itu,aku masih SETIA menanti... (gtuelah ayatkannn)
"Hariz,arkitek muda yang gemar berchatting dengan rakan sibernya, Aisya Humayra... Menggunakan nama 'Archyhis',Hariz tidak pernah membongkarkan identitinya meskipun dia mengenali gadis itu yang juga bekas juniornya ketika di universiti...
Takdir yang berlaku, Aisya kemalangan akibat Fakhrurrazi yang meminatinya. ini amat memeranjatkan Hariz. sejak itu, dia melawat Aisya di hospital sehingga timbul rasa kasih terhadap gadis itu. dia lantas meminta pertolongan orang tuanya untuk meminang gadis itu. walaupun hati belum bersedia, Aisya terpaksa akur dengan kehendak ibu bapanya. Hariz kini menjadi suaminya. namun,layanan dingin diberikan kepada lelaki itu. Hariz yg penyabar,akhirnya meninggalkan Aisya buat seketika sebagai menguji buat isterinya.
Perpisahan itu amat menyakitkan. kejauhan itu menggamit kerinduan. akhirnya,Aisya sedar betapa dia banyak melakukan kesilapan sehingga menghiris hati suaminya yang tercinta. namun,tatkala bunga-bunga kasih mula berputik,Fakhrurrazi muncul kembali lalu memporak-perandakan rumahtangga mereka.......
Sebuah fitnah telah menjauhkan kembali hati Aisya terhadap suaminya... "
apa kesudahan kisah ini???? nak tahu kenalah pegi ke kedai2 buku yg berhampiran anda.. x mahal,hanya berharga rm 18.00 saja......
~SELAMAT MEMBACA~

-------------------------------

(apa pulak kesudahan kisah aku???) (hurm)


say "SORRY"

im sorry Pictures, Images and Photos

Sorry for all the times

I have hurt you

Sorry for the times

Sorry for whatever I did wrong

Sorry for not being strong

Sorry for not acknowledging you were right

I'm sorry if it was me who started a fight

Sorry for the times I wasn't true

Sorry for not understanding you

I will apologize till your anger ends

Because I want you back my dear friend.

pls forgive me!!!!!

----------------------------------

( puisi ini aku nak tujukan pada seseorang..... aku harapkan "dia" dapat memaafkan diri ini atas kesilapan aku sendiri.... hope dia sms lah aku lps nie ok )


:: SELAMAT DATANG ::

welcome Pictures, Images and Photos



dikesempatan ini,aku ingin ucapkan "SELAMAT DATANG" ke dunia BLOG kepada,kakak kesayangan aku nie "WAHIZAH" yg telah berjaya ada blog sendiri...hik hik hik hik hik.....

kalau korang nak mengenali lebih lanjut tentang kakak kesayangan aku nie, korang boleh layari di http://hystericelizah.blogspot.com/ , sekarang.....

buat kak wahi,jangan kasi bersawang tau, nanti CIKGU WANIE bising (garang nie) .... dan nanti bilang sama abg dwen & abg azam skali yg akak dah ada blog ......

Tuesday, March 24, 2009

MC. DONALD

petang smlm entah mcm mana "NAFSU" nak makan mc.donald dtg... x padan ngn demam.. huk huk huk,,, nak pegi ke bandar,tahu jelah kereta masih x der, sudahnya call sajalah delivery ... nak tahu selanjutnya,masuk SINI ....
masing2 orderlah termasuklah mama & ecah... semuanya amik set value meal ... aku pun sama ok....
dalam masa 30 minit mcm tue,order pun sampai dpn pintu rumah,si ecah yg kluar ... aku???? ish x kosalah nak kluar bagai... x larat oooo....

makan mcm utk 10 org makan.. tapi bila mknan dah sampai,masing2 semuanya diam sebab sdg menghayati makanan yg telah dipesan... hurm .. aku pun sama naik jugak....

jemput makan semua... mcm ber"SELERA" sajakan aku nie... akan tetapi..... (ada tapi tue yg tak tahan)....
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
burger yg aku order tue x dpt aku habiskan sebab selera aku mati... maklumlah "DEMAM" .... sudahnya dibiarkan begitu saja... adoilah... kesiankan.....hik hik hik hik hik...
minggu nie SPA Q 2 last... agak2 apa kesudahan cerita itu kan... so kenalah tunggu dgn penuh kesabaran kan.... hik hik hik hik.....
dikesempatan ini,aku nak mohon maaf buat my "SR" aka "MC" sbb salah sangka... nasib baik kak rasp dah terangkan pada aku.... TQ kak rasp ... hik hik hik hik.... maafkan i yer,dear... hurm.....





dah jumpa....

(GAMBAR HIASAN)
smlm kan aku ada bgtau yg aku sedang mencari khemah utk majlis aku kat PD nanti kan.. akhirnya jumpa jugak... terima kasih kepada sorang blogger nie iaitu kak hezesuze kerana sudi bantu wanie utk cari khemah nie... aku amik 2 khemah (tanpa skalop) supaya tetamu2 aku selesa lah...so skg nie tgh tunggu org tue kasi no akaun utk aku buat pembayaran deposit lah.... (SENANG KEJE) ....dgr khabar yg kat sebelah sana sedang musim hujan.. adoilah mcm mana yer...
x per,kita hanya mampu merancang dan berdoa agar majlis itu nanti akn berjalan dgn lancar.....
insya-ALLAH .....

:: ada masa ::

Verse 1:
Ada masa yang akan ku fikirkan
Kiranya kau pergi dariku
Bagaimanakah akan ku teruskan tanpamu
Tak sanggup untuk ku bayangkan
Andainya takdir jauhkan kau dariku
Satu yang ku mahu hanyalah kamu
Chorus:
Maafkan aku
Telah ku lukakan hatimu cintaku
Ingin benar ku memahami dirimu
Agar dapat selalu senyum di wajahmu
Verse 2:
Betapa sungguh ku inginkan
Belaian senantiasa kau berikanku
Merasa kehangatannya cintamu
Sakitnya tiap kali kau titiskan
Air jernih dari matamu
Bebanannya ku tak mampu
Chorus:
Maafkan aku
Telah ku lukakan hatimu cintaku
Ingin benar ku memahami dirimu
Agar dapat selalu senyum di wajahmu
Bridge:
Andainya
Kau tahu perasaanku padamu
Takkan kau siakan air matamu
Walaupun diriku jauh
Takkan pernah kau tiada
Di hatiku
Chorus:
Maafkan aku
Telah ku lukakan hatimu cintaku
Ingin benar ku memahami dirimu
Agar dapat selalu senyum di wajahmu

Guru Kemas menangis

dipetik dari kosmo ........

ALOR SETAR - "Apalah dosa anak murid saya sehingga diperlakukan begini."
Demikian rintihan guru Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Taman Rakyat Mergong di sini, Che Gayah Wahab, 42, berikutan 32 muridnya terpaksa belajar di luar kelas.
Kelmarin, pelajar tabika di taman itu terpaksa belajar beralaskan tikar getah namun semalam keadaan mereka semakin baik apabila diletakkan di bawah khemah dan berada di atas platform kayu.
Sambil menitiskan air mata, Che Gayah berkata, dia begitu sedih dan kecewa apabila melihat muridnya terpaksa belajar seperti orang pelarian yang merempat.
"Kelmarin mereka belajar tanpa bumbung dan akibatnya seorang daripada murid terbabit tidak dapat hadir kerana demam," katanya ketika ditemui Kosmo!.
Kosmo! semalam melaporkan seramai 32 murid Tabika Kemas Taman Rakyat Mergong di sini terpaksa belajar beralaskan tikar getah apabila mereka diusir oleh Badan Amal Penduduk Islam Taman Rakyat Mergong yang menguruskan bangunan dua tingkat yang menempatkan sebuah surau di tingkat atas.
Sementara itu, pengerusi persatuan penduduk kawasan itu, Md. Suhaimi Abdul Aziz berkata, tindakan mengusir 32 murid terbabit tidak bermotifkan politik.
Menurut beliau, pihaknya mempunyai alasan tersendiri mengapa Kemas terpaksa diusir dari bangunan yang ditadbir oleh badan berkenaan sejak setahun lalu.
Beliau mendakwa, selain bayaran sewa, Kemas langsung tidak melayan permohonan penduduk di situ yang mahukan prasarana rosak seperti tandas dibaiki....
------------------------------------

:: PUMPKIN::

PumpkinDust_MoonGlow.gif Pictures, Images and Photos


my pumpkin Pictures, Images and Photos

kenapa aku tetiba letak gambar2 nie kan dalam entri aku... apa kaitan dgn aku kan...

hurm.. mari kita fikir sejenak... huk huk huk ...

------------------------------------

::hantu coklat::

cover Pictures, Images and Photos

kat sini ada x "penggemar coklat" ?? mesti adakan... coklat kan sedap.. mcm2 jenis coklat ada dijual skg nie kan...kalau tgk mesti nak beli dan makankan..

chocolate lovers Pictures, Images and Photos

cantik kan gambar diatas nie... coklat yg diukir menjadi sepasang kekasih... sgt2 cute.. kalau dpt kat aku nie,comfirm aku sayang nak mkn...

gtuelah kan...

coklat Pictures, Images and Photos

kenapa tiba2 pulak aku bercerita tentang coklat kan... ekceli mcm nie,smlm aku berborak ngn my "SR" menerusi talian telefon... tengah2 dok berborak,blh pulak dia bercerita tentang coklat.. adoilah... nie membuatkan "NAFSU" mkn coklat dtg nie... huk huk huk.... mula2 dia saja jer kasi aku "terliur" tau... hurm...

so,lps nie aku akn tukarkan nama dia dari "SR" ke my "Mista Choc" atau lebih mesra kalau dipanggil my "MC" .... ok x ????? ... jangan mare yer... yang aku pulak dia gelarkan "Miss Marble" sbb dia tahu yg skg nie aku tgh "mengidam" kek marble... adoilah.... mcm2 kan....

semlm susahnya aku nak tido,pukul 4 pagi br dpt tido... tue pun kul 6.30 pg dah bgn... maybe sebab aku demam + semput ... susah hati btol.. pastu plak,mcm2 perkara yg bermain difikiran aku nie... HANYA TUHAN saja yg tahu.. hurm... doakan utk aku supaya cepat sembuh yer...

kejap lagi nak kena pegi butik pulak.. sbb nak selesaikan beberapa perkara kat butik tue.. hurm....adoilah bilalah kereta nak siap @ sampai nie.. penatlah bila keadaan mcm nie.. nasib baik sabtu nie, "bakal ibu mertua" si ecah yg akan antar aku kat stesen bas... kalau x, x pasal2 kena naik teksi (TAKUTLAH) ... hurm..

Monday, March 23, 2009

saat ini....

saat ini,
aku sedang memikirkan sesuatu,
sesuatu yang tidak aku jangka,
kenapa perasaan ini mengusik jiwa aku,
sedangkan aku tidak mengharapkan ia dtg singgah didalam jiwaku,
kerana aku takut kalau perkara lalu berulang kembali,
kerana perkara itu telah membuatkan aku
lebih berhati-hati utk aku memilih
jalan hidup aku
memandangkan umur aku semakin meningkat ini...
saat ini,
aku hanya berharap,
biarlah apa yg sedang aku fikirkan ini
tidak mengganggu ketenteraman jiwa aku,
aku tidak mahu bermain dgn emosi & perasaan,
aku juga x mahu ia jadi sebuah mimpi ngeri lagi,
cukuplah sudah sekali ia pernah berlaku........
----------------------------------
(kenapa bila aku DEMAM,aku akn jadi beremosi?? apa yg sedang aku hadapi ini?? OH TUHAN,KAU berikan aku kekuatan... akux sanggup nak tanggung semua ini.....)

:: HAPPY BIRTHDAY ::



Happy Birthday Pictures, Images and Photos

dikesempatan ini,aku ingin ucapkan "SELAMAT HARI LAHIR" buat kakak kesayangan aku (WAHIZAH) yang berada di SINGAPORE yg menyambut ulangtahunnya yg ke-?? ... semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki... akak tahukan betapa sayangnya wanie pada akak... u are alwaz in my heart 4 ever....

---------------------------------------------

I’m wishing you another year

Of laughter, joy and fun,

Surprises, love and happiness,

And when your birthday’s done,
I hope you feel deep in your heart,

As your birthdays come and go,

How very much you mean to me,

More than you can know.

-------------------------------------------

i love u so much my dearest kakak... wanie bertuah kerana memiliki seorang kakak yg sentiasa memahami diri adknya.. dan sentiasa berada disamping adknya x kira dikala susah mahupun senang... trust me kakak,u are alwaz in my heart 4 ever till i die.....

hugs & kisses

-------------------------------------

(sori sbb wanie x wish kat sms sbb wanie sakit kepala) luv u kakak

Membaca Dan Terus Membaca....


hari nie butik tutup so aku habiskan masa kat umah sajalah.. lagipun aku x brapa sihat... demam lah... so aku byk mengurungkan diri didalam kamar hijauku ini...
bila aku kurung dalam bilik nie,kerja yg aku WAJIB buat adalah
  • berblogging
  • berYM
  • membaca novel

skg nie aku dalam proses nak habiskan buku "THE LAST LECTURE"... dan kemudian aku akn kongsikan bersama ngn korang lah... mmg x rugi beli & baca buku nie,wpun sepenuhnya dalam bahasa inggeris,tapi english yg kita faham... percayalah ckp aku.. (aku pun bukannya pandai bahasa inggeris pun) yang penting kemahuan itu ada dalam diri...terima kasih kepada my "SR" sbb beri cadangan utk membaca buku ini... lps nie buku apa plak yg "SR" akn cadangkan... jgn dia cadangkan buku "ke gerbang perkahwinan" sudah......x kuasa aku nak membacanya...

pentejemahan ke bahasa melayu sudah bermula,tapi memandangkan kepala aku sakit,jadi aku stop kejap.. nanti bila dah ok baru aku sambung.....

skg nie aku mmg kena berkaca mata 24jam sbb mata aku dah semakin kritikal.. nak tgk tv pun kena pakai spek,kalau tidak nampak kabur saja... adoilah... dah mcm nenek2 pulok....

bingkai yg aku suka dan pilihan mama dari bonia.. ada butterfly okies... (ala,bila ckp pasal butterfly,tetiba aku teringatkan kawan aku yg suka pada butterfly) (apalah khabar dia skg kan) hurm...


lepas saja habiskan "the last lecture" ,aku akn baca buku ini pulak.. aku amik buku nie dari bilik si ecah... alamak!!!! sejak bila plak si ecah nie suka baca novel cintan nie.. hik hik hik hik...

tajuknya mcm best saja "cinta dua jiwa" ... pasti tangkap leleh punya kan nanti...