Sunday, August 30, 2009

Tersentuh......

Ari nie keje aku byk membongkang ajo tau...Yelah,tetiba ari nie plak badan aku panas (Demam + batuk + selsema,tapi bukan sebab H1N1 tau) tapi aku tetap puasa tau...
hik hik hik.....
Sebenarnya aku nie bukan nak bercerita ttg H1N1 atau yg sewaktu dgnnya,tapi aku nak citer pasal lain...Ptg td sementara nak tunggu waktu berbuka,aku & mama layan lah tv3, citer "singgah sahur"....Kali nie diorg ke Johor Darul Takzim...Aku nie mmg suka layan citer2 mcm tue,ia blh buat hati aku tersentuh,tambahan pulak pasal kisah seorang nenek yg kematian anak & menantunya akibat kemalangan jalan raya yg mengakibatkan sebuah kereta dan trailer (alamak!!! berdesup jantung aku sbb takutttt)...tapi yg touching tue,bila diakhir cerita,sekali diorg pasang lagu "SAAT TERAKHIR" nyanyian kumpulan "ST12", apalagi menitislah airmata aku nie....ia berkait rapat ngn khidupan aku....
Cuba korang hayati lirik lagu ini:

|

V

* * * * *

tak pernah terpikir olehku
tak sedikitpun kubayangkan
kau akan pergi tingalkan ku sendiri

begitu sulit kubayangkan
begitu sakit kurasakan
kau akan pergi tingalkanku sendiri

dibawah batu nisan kini kau tlah sandarkan
kasih sayang kamu …… begitu dalam
sungguh ku tak sanggup ini terjadi
karna ku sangat cinta

inilah saat terakhirku melihat kamu
jatuh air mataku menangis pilu
hanya mampu ucapkan
selamat jalan kasih

satu jam saja kutelah bisa
cintai kamu,kamu,kamu dihatiku
namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup

satu jam saja kutelah bisa
sayangi kamu dihatiku
namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup
dinantiku

ooo ooo ooo
oow wwoo

* * * * *

Ekceli lagu ini telah diperkenalkan oleh salah seorang blogger kepada aku melalui sms...1st time aku dgr lagu nie,mmg menitis airmata aku nie...Yelah ia menceritakan kematian org yg kita cintai...(sob sob sob)
Blogger nie sentiasa beri aku kekuatan dikala aku dalam kesedihan,wpun beliau jarang komen kat blog aku,tapi selalu tau sms aku...aku anggap dia mcm kakak aku sendiri...Dia amat2 memahami keadaan aku dikala aku kesedihan..aku amat2 terharu sbb beliau CARE pasal diri aku...
Bila aku ckp pasal blogger nie,aku teringatkan gelang pemberian beliau...aku dah 2x pakai...Mama puji kata gelang tue lawa sgt...aku dpt hadiah nie masa birthday party Avin Damia bulan Julai yg lalu...
Inilah gelang nya...yg penting warna kegemaranku ok....
Nak tahu siapa pemberinya...
Jeng jeng jeng...

|

|

|

|

|

|

|

|

V
Org yg aku maksudkan ialah kak KASEH...1st time jumpa beliau masa gathering di Pusat Bowling,Alamanda,Putrajaya....Dia seorang yg peramah ok,begitu juga dgn adk dan mamanya...blh gang lah ;) Pastu sekali lagi kami bertemu masa birthday party Avin Damia...Masa tue lah aku dpt gelang ungu tue...Tq tq tq kak Kaseh...Hope our friendship will never end...Luv n miss u alwaz,akk ;)
~hugs~

Nota Kaki~ aku rindukan "dia",tapi skg nie kami x bertegur sapa...Dah 2 mlm dah kami x berhubung...Kalau dia baca entri nie,hope dia tahu kenapa aku jadi mcm nie... (x sihat lor)

Purple @ Pink???

http://3.bp.blogspot.com/_5p-LrpQY2eg/SW2D2BXHCFI/AAAAAAAAAS0/Jv5gaWBR_Sg/s320/IMG_1959.jpg

(Gambar dari Google)

Alahai!!! smlm aku dok kemas2 utk kosongkan bilik tidur aku,sebabnya aku nak cat warna bilik tidur aku nie dari warna hijau ke warna lain...Skg nie aku tgh fikir samada aku nak amik warna PURPLE @ PINK...apa pendapat korang???
Adoilah...pening jugak nak pilih warna nie..

huk huk huk...
Penat jugak buat keje mcm nie..dgn habuk lagik,adoilah...Semput mula dtg,tapi masih under control..Lalalalalalalalalala...Brg2 dalam bilik aku nie bukannya sikit,dgn hadiah2 pemberian kawan2 lagik,dgn handbag lagik,kasut2 lagik...pening2...bila ckp pasal hadiah,ada lagik brg2 yg aku tinggalkan kat umah ABG EQBAL,ala hadiah2 yg aku dpt masa birthday party aku kat PD 2 bulan yg lalu...bilalah nak g amik kannn...hurm...
Nampaknya utk beberapa malam nie terpaksalah aku tido di bilik mama atau aku akn ajak mama tido di ruang tamu kat tingkat bawah...best jugak sekali-sekala tukar angin kann...Cat pulak aku akn tunggu papa aku balik sini,belikan utk aku..Wakakakakakkaka...Sekali-sekala nak bermanja ngn papa kesayangan aku tue;)...
hik hik hik....


Saturday, August 29, 2009

"PRIVATE BLOG"

Kenapa tiba2 aku "private"kan blog ini???!!! Ini adalah kerana aku dalam keadaan tertekan... Ini berkait rapat dgn masalah PERIBADI,PERSAHABATAN,PERCINTAAN,
KESIHATAN & KERJAYA
...
Aku perlukan masa utk diri aku sendiri...Aku mmg x "invite" sesiapa pun utk masuk blog aku nie,tetapi hanya utk diri aku sendiri saja.....

Pada mereka yg sms,call,ym dan ada juga yg antar email tanya "MENGAPA","KENAPA" tue,sekali lagi aku mohon ampun & maaf.....Tiada niat dihati utk buat kamu semua risau...
Tapi apapun aku dah kembali ok sudah...
~alhamdullilah~

~TERIMA KASIH~


Nota Kaki~kesian Uncle Dol yg terasa hati dgn Cik Wanie sampai sanggup buat entri utk Cik Wanie tue.......Kan Cik Wanie dah bukak blog Cik Wanie nie...Hik hik hik....Sayang kamoo

Friday, August 28, 2009

Suara Hati (BAB DUA)

Sambungan dari bab satu....Ada 3 lagi yang masih blum aku suarakan dlm ini blog....Kali ini tentang sebuah persahabatan....

http://susansudarwin.files.wordpress.com/2008/12/sahabat.jpg
  • Suara Hati (sbg seorang teman,kawan & sahabat)
~Sejak aku mula mengenali dunia internet,alhamdullilah aku dapat kenal dgn ramai kenalan.X kira lelaki mahupun perempuan..Tua atau muda.Miskin atau kaya.Bagi aku,aku happy bila berkawan nie...Kita blh tukar2 pendapat. Macam2 jenis aku dah jumpa...Ada yg benar2 ikhlas dan tidak kurang juga ada yg nak mengambil kesempatan saja pun ada tau...

http://ahsinmuslim.files.wordpress.com/2009/01/pravs-j-hold-on-to-friendship.jpg

TEMAN :
selalu mendampingi kita tatkala kesenangan datang menghampiri kita,boleh dibawa berbincang ketika kita dilanda sesuatu atau masalah yang mampu buat kita ketawa tetapi tidak mampu untuk berkongsi ketika kita dalam keadaan sedih.Suka meminta dan berkongsi tetapi lari meninggalkan kita apabila kita kosong dan tiada apa yang mampu utk diberi kepadanya,berkongsi kejayaan ketika kita di hadapan tetapi menusuk duri apabila kita berada dibalakang...

KAWAN :
hanya sekadar untuk sementara waktu dan ketika diperlukan hadir umpama embun dan hilang setelah terbitnya mentari sekadar untuk melepaskan tekanan dan bergembira...
seseorang yang sama peranannya seperti teman, cuma mungkin ikatan kawan itu longgar sedikit berbanding teman. Mungkin contoh yang boleh dibawa ialah istilah "kawan makan kawan". Takde istilah "teman makan teman". So, terbukti bahawa keakraban teman itu adalah jauh lebih kuat berbanding kawan...

SAHABAT :
Seseorang yang boleh memahami diri kita pada setiap situasi. Dia berperanan lebih istimewa berbanding teman.Sahabat adalah manusia yang paling rapat dengan kita sehingga dia mampu untuk berperanan sebagai teman dan kawan dalam perhubungan. Dia mampu membawa tiga watak dalam satu masa. boleh dikatakan dimana ada kita di situ ada dia ibarat bulan dan bintang yang selalu bersama. tidak kira walau apa jua tidak menikam dan tidak pula mengejek di kala kita kesusahan setia dan selalu menyokong diri kita tidak pernah menyalah anggap dan selalu menafsir yang baik-baik sahaja...
Beribu kawan mudah di cari,tetapi seorang sahabat yang sejati sukar dicari,sahabat itu sentiasa berada disamping kita ketika susah ataupun senang dan sering menasihati kita pabila kita membuat kesilapan,
bersedia menerima kekurangan kita dan tidak menceritakan kepada org lain tentang keburukan kita.. Menerima kelebihan kita dan tidak menyalahgunakannya dan ikhlas menerima persahabatan ini...

~Aku boleh berkawan dgn semua org..Tidak kiralah siapa org itu,aku menerimanya dgn hati yg terbuka...Kalau dulu,aku begitu dan TERLALU menjaga hati sehingga hati aku sendiri yg terluka...
aku layan kawan2 aku sama saja,x kira kawan,teman dan sahabat...ada beberapa kenalan yg rapat ngn aku kadang2 aku panggil SAYANG,DEAR,DARLING,SWEETHEART & sebagainya...aku MEMANG CARE dgn semua kawan2 aku especially "SAHABAT" tapi itu x bermakna aku nie ada "MENARUH PERASAAN" pada seseorang itu...sebab masing2 tahu siapa diri masing2 kan...MAYBE cara aku kot menyebabkan aku diSALAH tafsirkan sebegitu rupa...Tapi x pelah,at least aku dah berterus-terangkan..Even kalau seseorang itu PERNAH menjadi "BF" aku,andai takdir hubungan itu tidak kekal sebagai sepasang kekasih,aku masih blh menganggap & terima dia itu sebagai "KAWAN" aku...x kan terus nak jadi MUSUH...biar btul !!!...
Satu aja pesan aku,berkawanlah seikhlas yg mungkin...jgn berkawan atas paksaan atau semata-mata utk kepentingan sendiri kerana sebuah persahabatan itu tidak akn kekal....

~BERSAMBUNG~

Nota Kaki~bila aku tulis entri ini,aku menangis saja..Entahla,aku sendiri x tau mengapa...maybe aku yg lalui semua itu kot...

Suara Hati (BAB SATU)

http://fisan.files.wordpress.com/2006/07/heart1.jpg

Hari nie adalah hari utk aku luahkan apa yg terbuku didalam hati aku ini...Aku akn buat part by part.....Luahan ini bukanlah utk meminta simpati dari sesiapa,tapi sekadar "suara hati" aku.....
  • Suara Hati (sbg seorang penulis)
~Dah setahun 2 bulan aku menulis di blog kesayangan aku nie...Segala-galanya aku kongsikan bersama kalian especially insan2 yg sentiasa ikuti kisah aku...Aku kongsikan kisah kehidupan seharian aku disini bersama keluarga tercinta especially mama,aku mencoret kisah suka & duka aku dalam blog ini...Kegembiraan & kesedihan aku,aku luahkan semuanya dlm blog ini...Ada yg suka & ada juga yg x suka baca blog ini...Aku pernah dipuji dan aku juga pernah di caci dan dihina,mulanya aku x blh terima semua itu,tapi lama2 aku dah kebal ngn semua itu...Bagi aku itu semua adalahh dugaan2 kecil yg ALLAH berikan pada aku...Ada ketikanya aku kongsikan kesedihan aku ngn beberapa org yg TERAPAT ngn aku...Aku pinjam bahu mereka utk aku menangis & luahkan apa yg terbuku dihati aku... Dari dunia blog inilah,aku kenal dgn ramai kawan..Setiap kali aku trun KL,aku akn bersua muka dgn mereka,x kiralah yg dah lama kenal atau pun itu adalah pertemuan pertama...Adakalanya aku adakan "gathering"...Alhamdullilah,dapat sambutan,biarpun x ramai tapi aku tetap menghargainya....
  • Suara Hati (sbg seorang anak)
~Sejak kejadian tahun 2007,mama mmg x harap aku pergi seorang ke KL tue,sbb mama x nak kejadian seperti itu berlaku kembali....Dan sebab itulah ke mana saja aku pergi,mama akn sentiasa bersama aku....Pernah juga beberapa kali aku terima email & komen yg menyatakan mama aku nie x ubah seperti "balaci","org gaji" & sebagainya...Diorg pernah fikir x,apa perasaan mama aku bila tahu semua ini...Bayangkan kalau mama diorg di maki sebegitu rupa...Kalau kalian nak tahu,aku bawa mama ke mana saja pergi ada sebabnya...pertama,aku bawak mama sbb aku nak bawak mama berjalan-jalan bersama,at least mama tak sunyi...kedua,aku bawak mama sbb aku nak kenalkan mama pada kawan2 aku,at least mama aku tahu dgn siapa aku berkawan...ketiga,mama aku ada hak utk tahu siapa kawan2 aku...Bg yg dah mengenali mama aku tue,diorg akn tahu mcm mana mama aku sebenarnya...Tolonglah berhenti buat andaian yg macam2 pada mama aku..Dia x bersalah dalam hal ini...Dia nak kan yg terbaik utk diri aku.. Dia nak tgk aku sentiasa gembira dan dia x suka tgk aku sedih sentiasa...
  • Suara Hati (sbg seorang kekasih)
~Rasanya ramai kenalan aku tahu tentang pemergian Cinta Pertama aku yg telah kembali kerahmatullah pada 14hb Februari 2006,kira2 3 tahun yg lalu...Hampir 4thn aku bersamanya,suka dan duka kami lalui bersama...Pemergiannya tanpa rela membuatkan aku x blh lupa padanya sampai saat ini...Even hadirnya cinta ke-2,3,4 atau seterusnya tidak akan sama seperti cinta aku padanya..Cinta aku pada nya seperti kisah cinta Romi & Juli,Shah Jehan & Mumtaz Mahal dan sebagainya...Ada jugak beberapa org kenalan aku yg menasihatkan aku supaya lepaskan arwah pergi dgn tenang,aku dah cuba tapi aku tetap x berjaya sepenuhnya..Adakalanya aku menangis kerana terlalu rindukannya...Oh Tuhan,hamba-Mu mmg rindukan dia setiap saat dan ketika,aku mengaku yg aku adalah insan yg lemah...
Dalam masa sebulan yang lalu,aku juga pernah bercinta,wpun aku hanya dpt merasai sebuah percintaan tue x sampai sebulan,tapi aku redha kerana"tiada jodoh" antara kami,kami putuskan hubungan ini dgn cara yg baik...
Skg nie,aku mmg "sedang" berkawan baik dgn seseorang yang pernah menjadi "cinta" aku kira2 3 thn yg lalu selepas 6 bulan pemergian arwah..Dia muncul kembali setelah dia tahu yg aku kembali "single"..Tapi sampai skg nie,kami hanya "BERKAWAN" dan aku masih tidak memberi kata putus samada dpt menerima dia kembali atau tidak..Mujurlah dia memahami keadaan aku saat ini (Pintu hati aku masih tertutup utk mana2 lelaki) Utk pengetahuan kalian,dia juga adalah pembaca setia di blog aku ini..Dia seorang yg memahami diri aku,tapi yelah perpisahan kami berpunca kerana sebab2 yg aku rasa x dpt nak kongsikan bersama kalian disini..biarlah hanya aku & dia saja yg tahu...
akn bersambung.....
  • Suara Hati (sbg seorang sahabat)
  • Suara Hati (sbg seorang kakak,adik)
  • Suara Hati (sbg seorang cik andam)

Thursday, August 27, 2009

Semalamku....

Walaupun aku dalam keadaan "MOODY" smlm,tanggungjawab aku sebagai seorang anak harus diteruskan...Yelah,x kan nak biarkan mama masak sorang2 kan....Hurm...
Menu masakan utk berbuka smlm ialah:
  • Ayam masak kicap
  • gulai ikan masin
  • ikan bakar
  • sayur goreng
Inilah ikan yg aku siangkan (yelah ari tue aku x snap pic kan) rempah tambahan iaitu sedikit serbuk kari dan sedikit santan (yg dlm kotak sudehhhh)
Taraaaaaa,siap....ekceli ikan nie tuk mama aku,bukannya utk aku tau....aku nie kan x suka mkn ikan dan amat takut tuk mkn ikan...
huk huk huk
Ini pula bahan2 utk masak ayam masak kicap....1st time tau aku masak sendiri,selalu mama aku yg masak...kalau aku trun KL,mama (S),adk Jijie & angah yg akn masak mknan kegemaran aku nie...
hik hik hik
Taraaa,dah siap...mama puji ok masakan aku (alhamdullilah)
Ini pulak bahan2 utk masak sayur goreng ala-ala....kalau kalian nak tahu,aku letak tauhu jepun tau...sedap ok tauhu tue...aku kalau g Tesco,mesti "WAJIB" beli tau...:)
Inilah dia,sayur goreng ala-ala....sgt mudah & simple :)
Ini pulak gulai ikan masin (tapi yg nie mama yg masak,sbb aku x belajar lagikkkkkkk)
Sebelum nak berbuka tue,aku dpt panggilan dr ex BF,kesian dia terpaksa berbuka sendirian sbb anak2 dibawak balik ke kg bersama "bekas" isterinya utk beberapa hari....Dia adalah berseloroh "kalau dah kawin kan senang,ada org yg blh temankan abg" APA???KAHWIN???
Larikkkkkkkkkkkk.....

Itu saja...
(Masih belum ada mood utk menulis)
hurm..

Nota Kaki~Luahan hati aku yang panjang akn muncul tidak lama lagi...

Dissappointed!!!

Saat ini aku dalam keadaan:
  • MARAH
  • SEDIH
  • KECEWA
  • TERKEJUT
"bila aku diperlukan,pandai pulak kau cari aku,tapi bila dah happy2 bagai,kau tinggalkan aku mcm sampah...aku nie x ubah seperti hanya tempat persinggahan bila kau dilanda masalah saja kan...YA ALLAH,inikah balasan yg aku dpt!!!"
Kalau korang tanya,KECEWAkah aku,aku akn jawab "YA" sbb kenapa aku yg kena terima semua ini...KENAPA???Kecewa dgn sikapnya yg ........(adoilah susah nak ckp)....Org yg selama ini aku anggap segalanya,tapi inikah balasan yg dia beri pada aku??
Apapun IF HE/SHE read this,aku cuma blh katakan satu saja,"TOLONG JANGAN GANGGU HIDUP AKU LAGIK" ,x perlu KAU nak call @ sms aku lagik!!! kau pun dah bahagia dgn khidupan kau kan...Lps nie kalau kau ada masalah lagi,CARILAH PENGGANTI yg boleh MEMBANTU kau,tapi bukannya diri aku...Aku sudah tidak ada apa2 kaitanya lagi dgn hidup KAU lagik,CUKUPLAH,aku dah terlalu BANYAK mengalah,dan aku dah cuba yg terbaik utk KAU,tapi apa yg aku dapat??!!!
Itu saja !!!

I'M DISSAPOINTED OF YOU!!!

Nota Kaki~aku dah terlalu byk "MAKAN HATI" ngn sesetengah org yg berada disekeliling aku,tapi aku "PENDAM"kan saja dalam hati aku...aku sendiri yg pujuk hati aku ini...Ada pernah mereka fikir apa yg aku rasa dikala itu??!!!

Wednesday, August 26, 2009

3 kisah dalam satu entri :)

Sebenarnya ada 3 kisah dalam entri kali nie,bukannya 2 tau...hik hik hik hik...korang mesti tertanya-tanya kan,hurm apakah kisah itew...
oklah kita teruskan dgn kisah pertama...

  • KISAH PERTAMA
~Pagi td dalam jam 10.27 pagi aku ada antar sms pada kakak angkat aku yg berada di DUBLIN yg juga seorang blogger...dalam sms itu,aku ada menulis "Salam akak...Pekabar?So mcm mana puasa kat sana? Hurm,bila tgk entri kat blog Wanie,tetiba Wanie jadi rindu pd akk tau...Rindu sgt2...hope u too"....then dalam jam 17.18 ptg,aku terima satu sms iaitu dari kakak angkatku lah...smsnya berbunyi " Hi Wanie,akk sht2 je,posa pn alhamdullilah ok. Awk cmne?Akk pn rindu awk taw,selalu je tgk blog awk lps rindu tp x tggl jejak pn,jd SR ajok!!haha:-P ..akak tau awk dh pki tudung,alhamdullilah,x-bf jb,anak2 umi,nak pg tganu,tgu papa bwk lik something,msk2 bln pose kan?Hihi,tp hr ni x smpt tgk lg blog,yelh pg lg kt sni kn?Awk jg diri ek,x mo sedih2,dh katam ke buku don't be sad?ramai syg awk trmsk akak...k,kmslm mama,almt bepose,tk cre,luv u,mis u so much!" Walawei panjang sungguh smsnya tau...buat aku benar2 terharu dan lps jugak rindu aku pada nya...Tq so much akk sbb selalu ingat pada Wanie kat sini...sgt2 menghargainya..Korang nak tahu ke siapa???
Jeng jeng jeng
inilah org yg aku maksudkan :)

(Sori akk,adkmu curik pic mu tanpa kebenaran)
Kak Aida yang kini menetap di Dublin bersama suaminya yg tercinta...huk huk huk,bila mau pulang Malaysia???

  • KISAH KEDUA
~tiba2 td dlm kul 3 lebey mcm tue,belakang aku sakit kembali...mmg sakit sgt2...TUHAN saja yg tahu..pada mama,aku mengadu..adoilah....pastu dah x tahan sgt,terpaksalah ke klinik yg paling dkt ngn rumah aku....rupanya belakang aku bahagian kiri aku ada skit bengkak,diorg cuma kasi ubat tahan sakit & ubat sapu....So bila blk umah,jawabnya x masaklah aku ari nie...Musnah impian aku utk memasak...(mcm2 terbayang nak masak apa,tapi...........) jawabnya kenalah aku rehat semula dr buat keje2 berat...adoilah......

  • KISAH KETIGA
~pada jam 18.08ptg td,aku menerima satu sms dari seorang kenalan blogger...smsnya berbunyi "Wani,bg akak add Wani,nak antr rombongan meminang.He3"...masa nie aku tgh mamai2 lagi,yelah br lps sakitkan & br lps bgn dari tido(LaloQ makan ubat ma,alamak terkantoi yg aku x puasa lor)..bila aku bc sms nie aku TERKEJUT ok,yelah tetiba kan...dah la skg nie aku sgt2 "FOBIA" dgn perkataan2 berkaitan ngn "perkahwinan" nie,almaklumlah skg nie "DIA" nie dok kasi hint2 pasal bab2 perkahwinan ajo..aku apa lagi terus call penghantar sms itew...Rupa2nya blogger nie nak minta alamat utk antar "KAD RAYA",kiranya mcm aku terkena "SMS HANGIT" lah nie...adoilah,korang nak tahu siapa....
Korang tgk pic kat bawah nie:

|

|

|

|

|

|

VInilah org yg aku maksudkan iaitu "SWEETDARLING".....
masa aku dok berbual ngn dia,dia blh bantai gelakkan aku...mmg nak kena nie...ekceli aku kenal akak nie masa gathering kat Titiwangsa 2 bulan yg lalu...br skali jer jumpa...Hope lps nie,dptlah jumpa lagi kannnnnnn.....

So itu saja kisah2 yg aku nak kongsikan kepada kamu semua....terima kasih kerana sudi membaca;)

Nota Kaki~Perkahwinan adalah sesuatu yg indah,tapi adakah aku sudah bersedia??? alamak!!mcm mana nak jawab tue....(abg,hny tiada jawapan lor)


2 Berita dalam satu entri...

Hahahahahahahah,
tentu korang nak tahu apa citernyer yg aku nak kongsikan bersama kalian semua,
kalau nak tahu kenalah tunggu mlm nie sbb skg nie aku nak kena trun bawah...

Hik hik hik hik...

TUNGUuuuuuu

Wahai Kawan-Kawan...

IKanBakar.jpg image by hanieliza5

(gambar dari Google)

Wahai kawan2 yg rajin masuk blog aku dan yg dah baca entri dibawah..amboi masing2 dok antar komen tanya mana gambar ikan bakar tue kan...sebenarnya,aku benar2 terlupa nak amik pic ikan bakar tue sbb aku dok bz ngn Spagethi gorengku itew....
Insya-ALLAH,ptg nie aku akn buat ikan bakar lagik khas buat mama tersayang....akn aku snap pic byk2...kalau korang x komen siap!!!! (tetiba kan)
Wakakakakakakakakaka...
Aku dah mula gian utk memasak dah nie...hik hik hik..bukan kerana "dia",tapi maybe dah sampai masa utk aku belajar ke dapur selalu kot...doakan yg terbaik utk aku ok....
Lps nie aku blh lah masak utk kalian pulak kan...(ada ker yg sudi nak rasa masakan "air tangan" ku ini???)
Hik hik hik...

Nota Kaki~aku tgh fikir nak masak apa utk berbuka hari nie selain ikan bakar "special"..ada apa2 cadangan??
hik hik hik...

Tuesday, August 25, 2009

Bila Cik Wanie kedapur....

Smlm,buat kali pertamanya aku ke dapur utk memasak di bulan ramadhan...aku bukannya x nak masuk dapur,tapi beberapa hari nie belakang badan aku nie sakit2 saja....(ala tempat yg aku sakit dulu tue)
Lagi satu jujur aku katakan,aku nie bukannya jenis yg suka masuk dapur tau..bukan kerana MALAS,tapi entahlah susah nak ckp...tapi bila sekali aku dah masuk dapur,aku akn buat dgn sesungguh-sungguhnya tau...(itu bermakna aku bukannya x reti masak)
Hik hik hik hik..
Ptg smlm,aku mmg dgn mama kat dapur..Tujuan utama ialah aku nak masak...apa????MASAK??? biar btul...yup,aku nak masak...tapi sebelum tue,aku siapkan bahan2 nak masak kan...sambil2 tue aku tolong mama siangkan ikan utk mama buat ikan bakar special (katernyer) utk pengetahuan korang,aku nie jenis yg x suka mkn ikan tau...(cuma kdang2 tue,aku TELAN jugak lah,sbb ada sejarah HITAM lor)....mama x caye yg aku blh siang ikan tau...blh dia tanya aku "blh ker Wanie siang ikan,mama x pernah tgk pun Wanie siang ikan??" aku jawab blk "ala mama,Wanie dah biasalah siang ikan..Kan masa mama buat laksa dulu,Wanie yg siang ikan tue,adoilah,mama nie lupa ajer tau".....Mama kurang yakin ngn aku,dia duduk saja sebelah aku tau sepanjang aku siang ikan (mcm byk jer aku siang kan)...bila dah berjaya,mama ckp "pandai anak mama siang ikan,blhlah kawin kan lps nie" (abg,mama ckp hny dah blh kawin)...aku gelakkan ajo...hahahahaha...(bab2 kawin nie x blh citer lagik sbb masih lagik menanti tarikhnya dan yg paling penting CALONnya)....
Ok bila sudah selesai,aku tumpukan sepenuhnya pada masakan aku ler...
Semalam aku masak
"Spagethi goreng ayam ala2 ketuk2 ramadhan"
(GTUEKAN NAMA RESEPI AKU)

Bahan2nya ialah:

Spagethi yg telah direbus

Sosej yg dipotong kecil2
cili kering & bawang besar yang dikisar

Ayam yg dipotong kecil2 dan diperap (selama beberapa minit) bersama sedikit sos tiram & sedikit serbuk lada hitam(special skit nie)

Dan cara membuatnya:
Mula2 masukkan minyak...bila minyak dah panas,masukkan bawang putih,dan goreng sehingga ia kekuning-kuningan....
Kemudian masukkan cili kering & bawang besar yg telah diblander mengikut lidah masing2 lah...kalau nak pedas,banyakkan,kalau x suka pedas,kurangkan....
setelah itu,masukkan sosej & ayam dan terus kan gaul....
(btul ke ayat aku nie???)


Akhir sekali masukkan spagethi....
Dan akhirnya siap...
Nak tgk hasilnya...
Jeng jeng jeng

|

|

|

|

|

|

|

|

V
Taraaaaaaaaa.....
Sudah pun siap utk dihidangkan & di korbankan kedalam perutku & mama :)

Masa berbuka tue,mama sempat berseloroh "sedap plak ikan bakar nie tau" aku jawab apa "yelah tgk lah siapa yg siangkan ikan tue"
Wakakakakakakakakakaka....mama jawab "yelah,Wanie yg siangkan,tue yg sedap tue kan" ...Walaupun....
Ekcelikan ini lah ragam kami 2 branak...kami ketawa dan menangis bersama...sbb tue aku pernah ckp dulu,mama aku nie adalah seorang "MAMA" yg superb dan dalam masa yg sama mama juga adalah "SAHABAT" setia aku..
saper yg x kenal mama tue,jgn la fikir yg x baik ttg diri mama,kenali dulu siapa mama aku itu dan dari situ nilailah sendiri...hurm..


++ I LOVE YOU,MAMA++

Nota Kaki~ pssstttt abg,abg kenalah pandai amik hati mama tau..mama nie sporting giler....mcm yg pernah hny citerkan pada abg dulu...Hik hik hik hik...Tetiba hny jadi rindoo sama anak2 kamoo....(anak2 ajer tau,papanya x sgt)...blh?!!!

Semalam & Hari ini...

Ini ialah menu berbuka aku tuk hari ke-3....menunya paling simple....sbb apa???sebab masing2 x tahu nak mkn apa...yela nama pun berdua saja yg tinggal dlm rumah ini kan...
hik hik hik....
menunya hanyalah:
|

|

|

|

|

|

|

|

|

V

  • Telur mata kerbau masak merah

  • selalunya org buat cucur udang,tapi mama buat kelainan iaitu cucur Burger ayam...
mmg sedapppppppp ok;)

Sahur aku cuma 2 keping burger ayam tanpa roti...
itu saja....


--------------------------------------------------------------------

Hari nie plak aku & mama ke butik sbb ada appoinment ngn sorang klien yg akn akn berkahwin pada 3/10/2009 nanti di Baling....
Dia nie salah seorang pembaca "SETIA" di blog peribadi aku dan aku sgt2 menghargainya....ada satu sms tue buat aku benar2 terharu..nak tahu apa sms yg dia kasik ......
"Manaleh lupe kak Wani.Ttunggu2 entry akk hr2. tunang pn ckp setia tul bc blog akak sbb kuar ngn dia pn mesti bukak blog akak jap nak tgk kut2 ada entry baru"
Alahai ini btul2 buat aku terharu...
Inilah wajah aku utk ari nie...muka aku x brapa ceria kan sbb aku x brapa sihat sgt nie..hurm..
Tapi tetap berikan senyuman ikhlas tau:)
Kat bawah nie plak adalah sebahagian baju2 terbaru di butik aku....

|

|

|

|

|

V
Ari nie aku masak tau utk berbuka..nak tahu apa yg aku masak....
tunggu di next entry....:)

Nota Kaki~ abg sayang,best kan hari nie dpt ber 3G ngn abg sambil masak....hny rindu sama anak2...

Monday, August 24, 2009

"Private Number"

Sejak kebelakangan ini (especially bila aku dah putus CHENTA nie),aku sering dihubungi oleh nombor2 "private" nie...ada yg bertujuan baik dan ada jugak yg bertujuan buruk tau....
Yang bertujuan baik tue,dia bg nasihat,pendapat dan pandangan dikala aku dalam kesedihan...ada jugak yg nak berkawan...(mcm mana nak berkawan dlm keadaan yg tidak tahu siapakah orgnya)...
Yang bertujuan buruk pun ada jugak...Korang bayangkanlah,x semena-mena,aku dimaki dan dicerca tanpa sebarang sebab...walawei!!!! kepada kakak aku yg kat Singapore (Wahizah) aku mengadu...adoilah...perlu ker nak maki2 bagai???kalau aku nie jenis yg x tahan sabar,mau nyer kena balik,tapi sbb aku fikir skg nie bulan puasa kan,x nak lah kekurangan pahala sebab benda2 nie....adoilah.....
Apapun,pada mereka2 yg bc entri ini,yg berkaitanlah terutamanya kan...aku ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi call aku (x kira yg baik niatnya atau sebaliknya) aku terima seadanya....
Malas nak layan maaa!!!


Sepetang bersama Fahmi...

Ptg smlm aku & mama bawak si Fami (tunang Ecah) pegi jumpa ngn aunty2 aku..yelah dia kan dah nak blk ke Kanada,so sebelum pulang tue,dia nak lah jumpa ngn mereka...(sedey lah lps nie dah x blh gurau2 ngn si Fami nie)...
Huk huk huk...
Sebelum kami ke rumah mak jang,kami singgah ke Pekan Rabu..mama nak beli skit utk si fami nie...yelah org kena raya di perantauan kannnnn....mcm mana dik???best x beraya kat sana??
mesti TIDAK kannnnnnn
Nak tahu mama beli apa???
Jeng jeng jeng...

Mama beli serunding daging tempatan....si fami nie suka mkn serunding wooo...
Lps saja ke Pekan Rabu,kami ke rumah mak jang dulu...lps sejam kami ke rumah mak chak...korang nak tahu,tahun nie mak chak beraya ngn dapur barulah...mesti best kan....aku pulak nak beraya dgn bilik tidur baru sbb aku nak cat bilik lagik...(apa cat bilik) itu kena tunggu entri nya kluar lah yea;)....Lps saja pegi rumah mak jang,akhir sekali ke rumah mak lang...mak lang pun br saja selesai ngn rumah barunya...nampaknya tahun nie kami beraya dgn 2 rumah barulah kan...alhamdullilah;)
Bila dah selesai ke rumah2 mereka,kami terus pulang...mama salam2 bagai ngn si Fami mohon maaf apa,mama siap tapaukan "pajeri nenas" utk dia berbuka puasa...
Buat adk Fami,
Akak & mama doakan agar adk selamat tiba di sana...bila tiba di sana,jgn lah lupa kami di sini yer...Rajin2 lah masuk blog akk nie tau (dia nie rajin baca blog aku tau)(Tetapkannnn)..belajar elok2..jgn hampakan harapan mama,baba & keluarga...jgn lupa sembahyang ok;)
Sayang kamoo,adk....
Malamnya aku dan mama berbuka biasa2 ajo...yelah 2 branak kan...so sgt2 simple masakan utk berbuka...senang kannn....

Lauknya cuma:
  • Pajeri nenas
  • sup cendawan beserta chicken ball
  • ayam masak bercili
  • kuih-muih yg dibeli di Pekan Rabu
dan mak lang jugak ada bg bubur lambuk...sedap jugak...
Inilah pajeri nenas kesukaan aku & mama....

Sahur kami pulak cuma nasi goreng burger bercili padi...lps makan tue,terus sakit perut sbb aku nie x blh mkn makanan pedas...Walawei,susah kannn..huk huk huk huk.....
Minggu dpn papa aku akn pulang...rindunya nak jumpa papa...adakah papa akn bawak balik "SESUATU" yg dah lama kami tunggu,kalau nak tahu,kenalah tunggu papa aku pulang dulu...
Hik hik hik hik...

Nota Kaki~Ketuk-ketuk ramadhan.....

Sunday, August 23, 2009

Hari Pertama berbuka puasa;)

Hari pertama aku & mama berbuka pausa ala kadar ajo..yelah kami berdua jer dlm rumah nie,so x perlu nak masak lebey2...x ker membazir namanya tue...
Hik hik hik hik...
Buah kurma mmg "WAJIB" ada dalam rumah aku setiap kalinya ramadhan tiba...yelah berbuka dgn buah kurma dulu sebelum minum @ makan...
hik hik hik
Mahal jugak buah kurma nie,atau mama mmg amik yg mahal???
Lalalalalalala:)
Tapi mmg sedap,fresh kat tangkai lagi tau...hurm...
Ini sajalah lauk-pauk utk kami berbuka puasa...menu2nya cumalah:
  • chicken ball masak sambal
  • masak lemak kangkung bersama tauhu
  • ayam & ikan masin goreng
  • kentang goreng bercili
Yang ini mmg feveret aku lah...tapi aku akn pastikan mama tak masak terlalu pedas,sbb aku nie x makan pedas,kalau makan,maunya memerut ajo tau...
hik hik hik...
Hari nie kami dah ada menunya...menunya ialah:
  • Pajeri nenas
  • sup cendawan bersama chicken meatball
  • ayam goreng
(yang lain2 tue akn difikir kemudian)
selalunya kami akn plan masak bila waktu bersahur..yelah kami berdua saja kan dlm rumah nie,jadi x der masalah sgt,lagipun aku nie jenis TIDAK CEREWET dalam memilih mknan...
Hik hik hik...

Nota Kaki~hari last dpt jumpa ngn tunang Ecah (FAHMI) sbb esk dia dah nak berangkat ke KL dah...hari rabu dah nak blk ke KANADA...sob sob sob (sedey wooo)

Saturday, August 22, 2009

Sahurku.....

Sahur aku ari nie mmg Sempoi skit..nak tahu kenapa???
Kita lihat gambar2 kat bawah...
Jeng jeng jeng jeng...

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

V
Dgn 2 keping roti bersama burger ayam

DAN

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

V
Setupperware teh tarik (kongsi ngn mama) & sebotol vitagen...
Itu saja:)
Aku & mama bersahur pada jam 5.00 pagi...masa tue mata aku dok terpejam ajo....
hik hik hik

Nota Kaki~ tiba2 teringatkan "arwah" yg suka bersahur dgn roti canai kat area2 Bandar Sunway & Shah Alam...huk huk huk huk..Kenangan bersamanya.....

Makan Malam Terakhir...

Malamnya pulak kami dinner bersama di Sala Classic...tempat nie mmg selalu kami kunjungi...Insya-Allah,lps nie kalau ada kalian yg trun sini,aku akn bawak korang dtg mkn kat sini.... Macam-Macam Ada....
Ekceli mlm tue sengaja kami mkn kat luar sbb tunang si Ecah,Fahmi kan akn pulang semula ke Kanada,so sebelum dia blk ke sana,kami bawaklah g dinner bersama,kiranya mcm dinner terakhir lah kann...
sob sob sob,sedey wooooo sbb dia dah nak blk sana...bila thn mau blk sini lagik,dik ??!!!
Inilah tempatnya...mmg tempat kami selalu mkn bersama keluarga...:)
Fahmi bersama mama...
Mlm tue kami order byk lauk seperti:
  • tomyam putih ayam
  • tomyam merah ayam
  • telur bungkus
  • daging masak hitam
  • ayam masak paprik
  • kailan ikan masin
ok aku mmg order 2 gelas air,mula2 aku order frexh orange,pastu mcm x cukup,so aku order teh ais...si Fahmi plak mula2 order air kelapa,pastu dia order teh ais...mama pun sama,mula2 order air tembikai,then dia pun order teh ais....kalau korang nak tahu mlm tue teh aisnya mmg Shedappppppppppp.......
Tgklah muka org kenyang kan... x per,mknlah puas2 sbb hari rabu nie dah nak blk sana kan,so x dpt lah nak merasai makanan mcm nie kat sana kelak...hik hik hik...kesian ko dik,2 thn x dpt raya bersama keluarga,terpaksalah ko beraya diperantauan kan....x per,nanti kita ber WEBCAM bersama di pagi raya ok;)
Lps saja kenyang,kami terus pulang sbb perut aku masih lagi sakit doe...
huk huk huk...
Korang perasan x,dalam entri nie tiada WAJAH Cik Wanie kan..kenapa yer????biarlah RAHSIA...

Nota Kaki~ woit cik Ecah,hang x rindu kah kat masakan mama kat sini...bila mau blk sini berbuka bersama...rindu doe!!!....kami mkn berdua ajo...huk huk huk...

Sebelum berpuasa...

Ptg smlm aku,mama & Fami ke Tesco (Dah lama weiiii x ke sana,ntah2 dah abis dah kontrak aku ngn Tesco tue tau) gtue kan....
Tujuan utama kami ke Tesco adalah utk membeli brg2 dapur utk bulan puasa nie...yelah lps nie susah lah nak ke sana sbb si Fami akn pulang ke Kanada Rabu nie...(sob sob sob) sedey wooooo...
Byk jugaklah brg kami beli (dah mcm tuk 10 org jer tau) padahal aku ngn mama jer kat umah tue...Si Ecah x blk lagi,x tahu lah blk bila...huk huk huk...
Barang wajib yg mmg kena beli sepanjang ramadhan nie mesti lah buah kurma...bila tgk kat iklan tue,mcm sedap jer...so mama beli lah 2 kotak buah kurma cap Yusof Tayob (btul ke ejaan tue)...
hik hik hik
Masa kami nak g cari gula,sgt2 mendukacitakan kami tau sbb "GULA TIADA"..huk huk huk...mcm mana nak masak dan buat air nanti...x kan nak minum pakai susu pekat ajo...huk huk huk...mmg licin giler kat tempat gula tue...hurm....
Selama sejam lebey gaklah kami kat dlm Tesco tue,kami habis kan sebanyak rm 214.90 jugaklah utk brg2 dapur...lps nie puaslah mama nak memasaknya..hik hik hik hik..
Kali nie x byk pic sbb masing2 teruja nak cari brg kannn..
Sebelum balik,aku singgah Popular kjap,sbb nak cari beberapa majalah termasuk majalah Pengantin & Nona...dalam dok belek2 tue,aku ada terima satu sms dari EX BF kat JB tue suruh cari satu buku utk dibaca...nak tahu buku apa,
jeng jeng jeng.....

|

|

|

|

|

|

|

|

|

V
Ha,inilah bukunya....Buku yg bertajuk "Jangan Bersedih Lagi"...."Best Seller" lagi tau...
aku dah baca dah buku nie...mmg best dan amat berguna utk aku dan maybe Kamoo....
Tq abg sbb bgtau ttg buku nie...Hny suka...insya-Allah lps nie kalau Hny rasa sedih,hny akn praktikkan apa yg ditulis dlm buku itu....Insya-ALLAH...
Dalam perjalanan nak blk ke rumahh tue,mama dok tanya aku samada aku amik atau tidak kunci rumah...aku mmg lah x amik sbb mmg kebiasaan mama yg akn amik kunci rumah...(biar btul kali mama x amik)...hurm,dok belek2 dalam handbag mama tue,cuma ada kuci butik ajo...mcm mana nak masuk umah....
Bila sampai umah,mama & Fami lah yg byk berfikir,aku fikir jugak,tapi x tunjuk sgt sbb masa nie peyut aku sakit wooooooo...
(nak memerutzzzzzzz)...
hik hik hik hik...
Entah mcm mana si Fami dpt idea yg sgt2 BRILLIANTzzzzzz kan,dgn menolak beberapa kali pintu itu,akhirnya...............
TERBUKA jugak......
(AMIN syukur sgt2)
Cuma rosak skit ajo....blh tunggu papa blk dan baikinya (susah kan kalau x der LELAKI dalam rumah) tue yg mama & papa suruh aku kawin cepat tue,blh lah tgk2kan rumah skit bila papa jauh...x der kaitan langsung okiesssssss....
Malamnya kami bertiga keluar bersama,nak tahu ke mana,
TUNGGU.....